BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 23 November 2011

Kuliah Hati..

 Salam..
Kuliah Hati is not Kuliah cinta k yg di lakonkan oleh Erra dan Yusri..hihihihi..Apa yg kita faham berkaitan dengan Hati??..Bnyak simpulan bahasa yang di kaitan dengan hati.. Hati batu , Buah hati , Jantung Hati , Cinta Hati , cendera hati , saguh hati , mata hati ,jatuh hati , sakit hati, dan sebagainya..But I want to share is bout Kuliah Hati..
  Aku teringat satu ungkapan yang pernah aku baca dalam buku hasil karya Ustaz Norudin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Cahaya yang berbunyi
   "Dalam menjalani kehidupan di dunia ini,kita perlu memandu hati dengan akal manakala iman dengan ilmu. Hati yang baik pula akan memandu diri kita ke arah kebaikan"
 Memang btul tu..bak kata upin dan ipin BETUL..BETUL..BETUL..hihihi Jadilah pemandu hati yang bijak..^_^..Segala kemaksiatan dan jenayah yang berlaku rata-ratanya berpunca dari permasalahan hati.Hati yang rosak dan hitam mana mungkin dapat merasai lagi segala dosa yang di lakukan. Sensitiviti yang ada pada hati sedikit hilang dek kebiasaan dosa.

    Hati ibaratkan sebuah cermin.Cermin yang bersih dan bersinar , jika kita lihat kedalamnya,tiba-tiba pula terdapat jerawat baru di wajah kita , kita pasti nampak kan..dan hendak picit jerawat tersebut atau letakkan T3..^_^
      Taaaappppppiiiiii.......... Jika cermin itu kotor dan berhabuk , kita lihatlah kedalam nya ada jerawat 5 biji yang baru naik pun susah untuk kita lihat dengan jelas.. Jadi payahlah kita untuk mengesan kekotoran yang terdapat di wajah kita kan...

  Begitulah jua dalam konsep Hati.. Apabila hati menjadi kotor dosa menjadi biasa dan maksiat pun berleluasa..huhuhu...Subhanallah minzaliqq.. Semuanya gara2 sekeping hati yang sudah bertukar wajah..Hitam kelam ,sekelam masa depan yang semangkin tengelam..Masyarakat yang kucar-kacir ,pemimpin yang yang pecah amanah ,pelajar yang memberotak , kes bunuh diri dan sebagainya..Semua itu berpunca daripada satu perkara iaitu HATI 
     Kerana terdapat dalam satu hadith :
    " Dalam setiap badan manusia itu ada seketul daging , jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya , jika buruk daging itu mka buruklah keseluruhannya..daging tersebut adalah HATI"

 Kesimpulannya :
 Bersihkanlah hati kita dengan selalu menyebut nama ALLAH dan memuji kebesaran ALLAH swt..Dosa adalah ibarat racun yang memakan diri manakalah hati pula adalah salah satu perkata yang amat sukar untuk dijaga.
  Tsabit bin Qurah ada menyatakan : "kerehatan badan adalah dengan kurangkan makan , kerehatan jiwa adalah dengan elakkan melakukan dosa dan kerehatan lidah adalah dengan kurangkan bercakap "
Berilah setiap kerehatan itu kepada diri , moga kelak hati suci kembali. Jika lalai ubatnya adalah dengan menyedari tugas yang ALLAH beri. Maka ubatlah hati yang penuh dosa dengan bersegera bertaubat kepada ALLAH swt.. ALLAH Maha Pemurah..



  p/s : Bersihkan hati bersihkan diri. Mari sama2 kita menjadi sumber manusia yang berharga untuk Islam..

Wallahu ' alam..

0 ulasan: