BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 21 September 2011

Tasbih vs Duit

Assalamualaikum dan salam syaawal....

    Tak lama lagi bulan syaawal akan meninggalkan kita..di harap semua pembaca blogger dah melunaskan puasa enam syawal dan puasa ganti..heheh..raya..raya jugak puasa 6 jagan lupa ekrr....serentak dengan bulan syawal malaysia menyambut hari kemerdekaan dan hari malaysia..so apa lagi ramai laa orang kenamaan yang mempunyai duit lebih buat laa open house..merdeka raya..huhuhu..asalkan jangan membazir sudah...hehehhe..tp xpa kita orang plak yg knyang..hihihihih....alhamdulillah...tapi tu bukan lah topik yang ingin saya kongsikan pada hari ini..
     Sebelum hari raya menjelang aku telah berjanji dengan semua anak didik untuk memberikan sesuatu hadian untuk mereka jika mereka dapat menamatkan puasa..Alhamdulillah ada terdapat sebilangan diaorg dapat tamat puasa tahun ini...hihi..Hadiah yang aku berikan adalah cuma TASBIH..walaupun ianya tak seberapa tapi ianya menjadi bekalan untuk kamu semua pada masa akan datang..nasihatku kepada mereka..Tika masa rehat rakan sama mengajar pergi menjengguk kelasku..



Ustazah A : Kelas kau brapa orang pelajar yang tamat puasa??
Aku : bleh laa tapi xsemua..
Ustazah A : Kau telah berikan hadiah apa untuk mereka yang tamat puasa??
Aku : Saya cuba berikan tasbih untuk mereka berzikir dan bertasbih kepada ALLAH swt.
Ustazah A : Hurmmm aku berikan mereka wang..(RM10)
Aku : hanya tersenyum..^_^

  Tika tu ada terdapat anak murid ku di kelas..ntah apa yang diaorang fikirkan..adakah diaorg menyesal kerana aku xberikan diaorang duit sepertimana kelas2 yang lain..Selepas Ustazah tu beredar aku menerangkan kepada mereka..."memang Ustazah tak bagi kamu semua duit..Ustazah hanya mampu bagi kamu TASBIH.Duit jika kamu belanjakan,duit kamu akan habis dengan sia2 jee tapi jika tasbih kamu belanjakan dalam amalan kamu insyaALLAH kamu akan memperoleh pahala yang melimpah2 di akhirt kelak"memang sengaja Ustazah berikan kamu tasbih...supaya kamu semua anak didik ustazah akan sentiasa berzikir kepada-Nya..Hanya itu bekalan kita di hari kelak..


Kesimpulannya : Jangankan kerana DUIT kita jadi buta dunia..Ingatlah dengan duit juga bleh menyebabkan negara Islam kucar-kacir,ditindas,difitnah dan sebagainya...semuanya kerana duit....ummah pun akan runtuh jika duit menjadi ukuran....renung2kan lah...huhuhuhu...selamat beramal

p/s : sekadar perkongsian..tiada berkaitan pada yang hidup atau yang mati...hihihihihi.....maaf jika terdapat salah kata atau terkasar bahasa...hihihi