BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 11 Disember 2011

Menanti Di Barzah

Salam.....

  Today I want to share something to all reader..who knows starled me to feel wistful when to go to the market I heard on the radio songs from the group nasyid Far East..huhuh...sampai2 je aku kat rumah aku trus on laptop and found lagu kumpulan nasyid Far East td..huhuhu....MENANTI di BARZAH tajuknyaa...huhuhuhu...sayu nyaa  lirik lagu nii....huhu..Terdetik rasa hati aku apabila mengingati kisah kekasih ALLAH menemui ajalnya...huhu

 Kisah inilah yang pernah aku kongsikan kepada anak didikku n now I would  like to share to all reader blogger...walaupun ada di kalangan yang pnah mendengar kisah ini di buku2,perpustakaan or dari ustaz /ustazah kan..huhu..Betapa mulianya dan indahnya akhlak Rasulullah saw mengingatkan kita kepada kematian....huhu..
>> Tiba2 dari luar pintu seseorang memberikan salam kepada Fatimah dan meminta keizinan untuk masuk datang menemui Rasulullah saw..kata Fatimah kepada tetamu tersebut ayahnya sedang demam..Rasulullah saw bertanya kepada puterinya Fatimah.."Siapakah itu ya Fatimah?? Rasulullah bertanya.."Tak tahu ayahnda,seolah2 orang itu baru sekali aku melihatnya" jawab Fatimah lembut..Lalu Rasulullah saw meratap wajah anaknya dengan pandangan yang mengetarkan dan seolah2 bahagian demi bahagian wajah puterinya hendak dikenang.."ketahuilah dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dia lah malaikat maut wahai anakku.."kata Rasulullah saw ledakan suara tangisan Fatimah kedengaran..Malaikat maut datang meghampiri,Rasulullah saw bertanya,kenapa malaikat Jibril tidak datang bersamanya..Kemudian dipangillah malaikat Jibril yang sebelumnya sudah bersedia menyambut ruh kekasih ALLAH.."Jelaskan kepadaku wahai Jibril,apakah hakku nanti di hadapan ALLAH??"kata Rasulullah saw. malaikat Jibril menjawab "pintu2 langit telah terbuka,para malaikat telah menanti ruhmu,semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu ya Rasulullah..Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah saw berasa lega,matanya masih penuh kecemasan.."Engkau tidak senang mendengar khabar ini" kata malaikat Jibril..Bagaimana pula dengan nasib ummat ku nanti" kata Rasulullah saw.."Jangan kuatir ya Rasulullah aku pernah mendengar ALLAH berfirman kepadaku "Ku haramkan syurga bagi siapa sahaja kecuali ummat Muhammad telah pasti berada di dalamnya"kata Jibril.Detik2 semakin dekat saat malaikat Izrail melakukan tanggungjawabnya mencabut nyawa..Nampak betapa berpelunya Rasulullah,urat2 lehernya menegang.."Jibril,betapa sakitnya sakaratumaut ini.."perlahan Rasulullah saw mengaduh..Fatimah terpejam , Ali menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan mukanya.."Wahai Jibril, jijikkah kau melihatku sampaikan kau perpaling wajahmu??' kata Rasululah.."siapa yang sanggup melihat kekasih ALLAH menemui ajal" kata malaikat Jibril..Sebentar kemudian mendengar suara Rasulullah mengaduh kerana sakit yang tidak tertahan lagi " Ya ALLAH,dahsyatnya maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepada ku jangan pula kepada ummatku..Badan Rasulullah mulai dingin kaki dan dada tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan membisikkan sesuatu Ali mendekatkan telinganya ke mulut Rasulullah "uushiikumm bis-shalati wamma malakat aimannukumm (peliharalah solat dan peliharalah orang yang lemah diantaramu) kemudian Ali mendekatkan lagi telinganya Rasulullah menyebut." UMMATI ,UMMATI UMMATI......" (ummatku , ummatku ummatku!!!!)Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberikan sinaran agama umat Islam..huhuhu

  Seriouslly I feel so sad apabila terknangkan kisah Rasulullah saw menemui ajalnya...huhuhu..bagaimana pula kita nanti untuk menempuhnya???? Kini mampukah kita mencintai Rasulullah sepertimana Rasulullah mencintai kita...huhuhuhu...Betapa cintanya Rasulullah saw kepada kita sehinggakan saat2 baginda menemui ajalnya tiada benda lain yang di risaunya..Baginda hanya menyebut ummatku,ummatku ummatku....huhuhu..Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..

Kesimpulannya :


Usah risau apabila dibenci manusia kerana masih bnyak lagi yang menyayangimu di dunia..tapi gelisahlah apabila dibenci oleh ALLAH swt kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat kelak.masyarakat kita kini apabila ditanya mengenai artis dan dunia hiburan serba serbi tau dan apabila di tanya berkaitan dengan Islam belum tentu tahu ke tidak...jadilah seorang Islam bukan sekadar nama atau IC menunjukkan Islam..renung2kanlah..insyaALLAH.....

p/s : renung2kan lirik lagu ni k....huhuhuhuhu......lagu inilah yang menyentak aku dari lamunan nikmat  dunia....Ya ALLAH peliharalah aku dan seluruh kaum saudara ku dari nikmat hidup di dunia..jadikan lah kami sebahagian dari orang2 yang soleh/solehah....amin ya rabbal alamin..

Isnin, 5 Disember 2011

Fadhilat Puasa Asyura....

Salam ukhwah salam hijrah.....

  Kita masih dalam suasana bulan Hijrah iaitu bulan Muharram..Esok merupakan 10 Muharram iaitu hari yang dinamakan hari Assyura....Pada hari itu , Rasulullah saw menggalakkan umat Islam agar berpuasa sunat kerana fadhilatnya yang begitu besar dengan terhapusnya dosa-dosa bagi tahun yang sebelumnya..

      Dari Abu Qatadah al-Ansari RA katanya : " Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari Asyura (10 Muharram ) . Jawab Baginda, "Semoga dapat menghapuskan doasa tahun yang lalu "


    Jika seseorang yang hendak berpuasa sunat pada hari tersebut sebaik-baiknya didahului dengan berpuasa pada hari ke-9 daripada bulan Muharram terlebih dahulu bagi membezakan dengan amalan berpuasa orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja. Kita juga dibolehkan berpuasa pada hari ke-11 dalam bulan Muharram. Ia terpulang kepada kemampuan seseorang untuk berpuasa pada hari2 tersebut. Pada hari Asyura juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan doa kepada ALLAH swt kerana doa orang yang berpuasa insyaALLAH akan dimakbulkan oleh-Nya...

   ALLAH telah menetapkan sesetengah bulan itu , memiliki keutamaan lebih berbanding bulan2 lain termasuklah bulan Muharram yang merupakan bulan pertama dalam kalender Hijrah . Tanggal 10 Muharram dianggap sebagai hari bersejarah dan istemewa bagi umat Islam kerana tarikh itu mencatatkan beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua..InsyaALLAH...
Antaranya peristiwa tersebut ialah :-

  • peristiwa terbunuhnya Sayyidina Hussain RA di Karbala
  • Terselamatnya Nabi Musa AS dan pengikunya daripada tentera Fir'aun dengan tengelamnya Fir'aun dalam dasar  lautan.
  • dikeluarkan Nabi Yunus AS dari perut ikan nun
  • terselamatnya Nabi Ibrahim AS daripada api Raja Namrud
  • mendaratnya kapal Nabi Nuh AS di atas Bukit Judi serta banyak peristiwa2 lain.
    Masyarakat Melayu hari ini masih mengamalkan budaya gotong-royong memasak bubur asyura apabila tibanya hari Asyura. Walaupun amalan ini tidak diamalkan pada zaman Rasulullah saw  ,tetapi amalan ini  elok dilakukan bagi mengeratkan semangat muhibbah dan silaturrahin di kalangan masyarakat. Di samping itu mereka juga dapat menjamu selera pada hari yang penuh bermakna itu.

  Kesimpulanya :
Mudah2an dengan mengamalkan puasa Asyura ditambah pula dengan melakukan amalan2 kebaikan dan mengambil pengajaran daripada peristiwa2 yang berlaku pada bulan Muharram akan dapat menambah keimanan dan ketaqwaan kita kepada ALLAH swt...amin...insyaALLAH.....

p/s:selamat beramal.....sama2lah kita mencari redha ALLAH....