BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 31 Julai 2011

Terapi RaMaDHaN.....

Assalamualaikumm.....

  Hari ini merupakan 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 H. Bermakna hari ni bermulah semua umat Islam melaksanakan Rukun Islam yang ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan sejajar dengan tuntutan syariat di mana bulan yang penuh keberkatan..Bulan yang dalamnya terbuka semua pintu2 syurga dan tertutup pintu neraka..Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan iaitu di awalnya terdapat Rahmah ditengahnya merupakan Maghfirah dan di hujungnya adalah janji ALLAH s.w.t bagi mereka yang beriman dan ikhlas yakni akan dibebaskan dari api neraka...amin....
   
        Sabda Rasulullah SAW bermaksud :
    "Sungguh telah datang padamu bulan yang penuh berkat, dimana ALLAH mewajibkan kamu berpuasa pada bulan Ramadhan saat pintu2 syurga dibuka ,ditutup pintu neraka dan di belengggu syaitan2.Dan dimana dijumpai  suatu malam yang dinilai lebih berharga daripada seribu bulan, maka barang siapa yang tidak berhasil  beroleh kebaikan sungguh tidak akan mendapatkannya buat selama-lamanya." ( Hadith Riwayat Ahmad , Nasa'i dan Baihaqi) 

   Berbalik kepada topik yang ingin saya kongsikan di sini adalah "Terapi Ramadhan". Bukan rambut saja ada terapi ea....hihihihih..Ramadhan pon ada terapi..Terapi Ramadhan ialah menyucikan hati dan meningkatkan rohani kepada yang lebih baik dan bersih...insyaALLAH.. Saya menamakan produk ini sebagai Terapi Ramadhan kerana isi kandungannya merupakan panduan yang boleh dijadikan tiket untuk kita menempah Syurga yang telah dijanjikan kedapa sesiapa yang berpuasa dan menjaga amal ibadahnya.Amalan2 yang ikhlas merupakan jaminan untuk kita menuju ke syurga ALLAH. insyaALLAH..amin..Inilah yang dikatakan realiti kehidupan... Kita harus berdoa agar amalan kita di bulan Ramadhan ini agar di terima ALLAH swt...amin..

       Semoga terapi Ramadhan ini dapat membantu kita untuk mengharungi lautan keberkatan dan rahmah ALLAH swt di bulan Ramadhan ini..insyaALLAH......

      was'Salam....

0 ulasan: