BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 24 November 2011

Makna HijRah..

Salam ukhwah....=)

   Ahad ni semua umat Islam akan menyambut kedatangan 1 Muharram 1433 H..menandakan 1 lembaran baru bagi kalendar Islam..
Dalam Al-Quran , Allah swt berfirman :
"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjuang di jalan ALLAH dengan harta dan dirinya lebih tinggi darjatnya di sisi ALLAH. Mereka itulah orang-orang yang menang.Tuhan mereka memberi khabar gembira bagi mereka dengan rahmat dan keredhaan-Nya serta syurga untuk mereka di dalamnya nikmat yang tetap (abadi). Sedang mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi ALLAH pahala yang besar."
   
      Merujuk dalam bahasa Arab perkataan "Hijrah" bermakna bergerak meninggalkan satu tempat ke satu tempat yang lain dalam usaha mencari pembaharuan yang menjurus kepada yang lebih baik.. Di riwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud daripada Abdullah bin Hubsyi : Rasulullah saw bersabda bermaksud " Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa2 yang dilarang oleh ALLAH swt"


   Sudahkah anda bersedia untuk berhijrah ke arah yang lebih baik??..Jika dulu anda seorang yang selalu tinggalkan solat dan lalai maka masih ada waktu untuk kita berubah..Jika dulu anda adalah seorang yang malas maka ubahlah untuk menjadi seorang yang rajin..Jika dulu anda seorang yang riak , sombong dll maka berubahkah kepada seorang yang peramah dan baik budi pekertinya..Jika dulu anda seorang yang berpakaian menjolok mata maka berubahlah untuk berpakaian  seperti seorang muslimah..Carilah masa , ruang dan peluang untuk kita berubah kepada yang lebih baik..
      Dalam Al-Quran , ALLAH swt berfirman : "Bagi manusia  ada (malaikat) yang berganti-ganti mengintipnya di hadapan dan di belakangnya , mereka itu menjaganya atas perintah ALLAH. Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH meghendaki kejahatan pada suatu kamu maka tiada yang dapat menolaknya dan tiada bagi mereka wali , selain daripada-Nya."(surah Ar-Rad ayat 11)..
 
      Di dalam ayat ini jelas bahawa ALLAH swt tidak akan mengubah nasib suatu kaum jika kaum tersebut tidak mengubah budi pekertinya. Sebagai contoh seorang yang malas umpamanya hidupnya dalam kemiskinan atau kesusasahan.Nasib itu tidak akan di ubah oleh ALLAH jika mereka tidak membuang sifat malas itu terlebih dahulu. Sebab itu janganlah seseorang meminta kepada ALLAH swt : KAYAKAN SAYA!!!!! Sedangkan dia tidak berusaha. Kerana langit tidak akan menghujankan emas dan perak.. Tepuk dada tanya iman....

   Kesimpulannya
Hijrah turut mengajar kita bagaimana untuk memusahabahkan diri dan menilai diri dari hati dan jiwa serta usaha untuk memiliki sifat mahmudah (terpuji) seperti ikhlas , redha , sabar , amanah dab berperibadi mulia.Pada masa yang sama meghindari sifat mazmumah (keji) seperti sombong , riak , dengki , dan kikir untuk tidak kita amalkan dalam kehidupan..insyaALLAH..


p/s : dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut awal muharram..sama2lah kita berubah kepada yang lebih baik..hehehehe....amin..

Rabu, 23 November 2011

Kuliah Hati..

 Salam..
Kuliah Hati is not Kuliah cinta k yg di lakonkan oleh Erra dan Yusri..hihihihi..Apa yg kita faham berkaitan dengan Hati??..Bnyak simpulan bahasa yang di kaitan dengan hati.. Hati batu , Buah hati , Jantung Hati , Cinta Hati , cendera hati , saguh hati , mata hati ,jatuh hati , sakit hati, dan sebagainya..But I want to share is bout Kuliah Hati..
  Aku teringat satu ungkapan yang pernah aku baca dalam buku hasil karya Ustaz Norudin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Cahaya yang berbunyi
   "Dalam menjalani kehidupan di dunia ini,kita perlu memandu hati dengan akal manakala iman dengan ilmu. Hati yang baik pula akan memandu diri kita ke arah kebaikan"
 Memang btul tu..bak kata upin dan ipin BETUL..BETUL..BETUL..hihihi Jadilah pemandu hati yang bijak..^_^..Segala kemaksiatan dan jenayah yang berlaku rata-ratanya berpunca dari permasalahan hati.Hati yang rosak dan hitam mana mungkin dapat merasai lagi segala dosa yang di lakukan. Sensitiviti yang ada pada hati sedikit hilang dek kebiasaan dosa.

    Hati ibaratkan sebuah cermin.Cermin yang bersih dan bersinar , jika kita lihat kedalamnya,tiba-tiba pula terdapat jerawat baru di wajah kita , kita pasti nampak kan..dan hendak picit jerawat tersebut atau letakkan T3..^_^
      Taaaappppppiiiiii.......... Jika cermin itu kotor dan berhabuk , kita lihatlah kedalam nya ada jerawat 5 biji yang baru naik pun susah untuk kita lihat dengan jelas.. Jadi payahlah kita untuk mengesan kekotoran yang terdapat di wajah kita kan...

  Begitulah jua dalam konsep Hati.. Apabila hati menjadi kotor dosa menjadi biasa dan maksiat pun berleluasa..huhuhu...Subhanallah minzaliqq.. Semuanya gara2 sekeping hati yang sudah bertukar wajah..Hitam kelam ,sekelam masa depan yang semangkin tengelam..Masyarakat yang kucar-kacir ,pemimpin yang yang pecah amanah ,pelajar yang memberotak , kes bunuh diri dan sebagainya..Semua itu berpunca daripada satu perkara iaitu HATI 
     Kerana terdapat dalam satu hadith :
    " Dalam setiap badan manusia itu ada seketul daging , jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya , jika buruk daging itu mka buruklah keseluruhannya..daging tersebut adalah HATI"

 Kesimpulannya :
 Bersihkanlah hati kita dengan selalu menyebut nama ALLAH dan memuji kebesaran ALLAH swt..Dosa adalah ibarat racun yang memakan diri manakalah hati pula adalah salah satu perkata yang amat sukar untuk dijaga.
  Tsabit bin Qurah ada menyatakan : "kerehatan badan adalah dengan kurangkan makan , kerehatan jiwa adalah dengan elakkan melakukan dosa dan kerehatan lidah adalah dengan kurangkan bercakap "
Berilah setiap kerehatan itu kepada diri , moga kelak hati suci kembali. Jika lalai ubatnya adalah dengan menyedari tugas yang ALLAH beri. Maka ubatlah hati yang penuh dosa dengan bersegera bertaubat kepada ALLAH swt.. ALLAH Maha Pemurah..



  p/s : Bersihkan hati bersihkan diri. Mari sama2 kita menjadi sumber manusia yang berharga untuk Islam..

Wallahu ' alam..

Ahad, 20 November 2011

Saat diri di uji....

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia...hihihi...( versi skema mood )

    Lama nya tak menguras my blog..hihi..Alhamdulillah cuti sekolah telah pun dah bermula..tp untuk pelajar SPM dan STPM tengah berjuang untuk menjawab kertas ujian mereka..apa2 pun wish u all good luck k..hihihi.."ingat setiap apa yang telah kita usaha selama ini insyaALLAH akan membuahkan hasil hanya dengan izin ALLAH" amin..kepada student aku yg dah dpt keputusan UPSR tu tahniah di atas kejayaan kamu semua..dan tak lupa jugak kat adik2  atau kengkawan yang tengah tunggu result PMR tu hopefully dpt keputusan gempak yg selalu diharapkan k....hihihi..dalam cuti sekolah ni plak ramai yang mengambil kesempatan untuk mendirikan masjid..alhamdulillah..tahniah..
    "SAAT DIRI DI UJI" nice topic..hihihih..setiap org mesti akan mengalami masalah masing2..setiap ujian yang kita lalui pasti ada hikmah di sebaliknya..insyaALLAH..macam2 yang aku lalui selepas semestar kedua ni..huhuhuh..alhamdulillah aku masih bertahan kerana terdpt family aku yang sentiasa menyokongku dari belakang..=) thanks mak, ayah , azizul , azizi n adib azizan..(3 of my hero) hihi



Kadang bnyak persoalan yang terlintas di akal fikiran ku..
>> mengapa kita di uji??
>> mengapa kita tak di berikan apa yang kita ingin kan??
>> bila nak kawen , kenapa lambat ,dah berpunya ke belum , siapa dan bila???? ( huhuhuhu persoalan ni lah yang selalu org akan ajukan...huhuhu)

    Walauapa pun aku gembira melihat kawan2 yang bahagia dalam rumah tangga mereka dan aku bila pula?? Ada yang dah kawen , bertunang seperti gambar2 yang selalu mereka postkan di laman muka buku (FB)..hhhuuurrm besnya merekaa..aku bila pulak akan mengikut jejak langkah mereka...huhu

   JAWAPAN DI SETIAP PERSOALAN AKU..
  (memotivasikan dan memusabahkan diri)
<< memang ALLAH nak uji hamba-Nya supaya kita dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaQwaan kita kepada-Nya..
<< memang ALLAH tak bagi apa yang kita inginkan sebab dalam surah al-Baqarah ayat 216 ada menyatakan..
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH mengetahuai sedangkan kamu tidak mengetahui"
" May b I received noting I wanted..
    But I received everything I needed..." (like this word) hihihihi ayat yang membina..^_^
<<  : bila nak kawen?? kenapa lambat??
     ....:: kerana ALLAH tahu masa yang terbaik untuk aku..
       : dah berpunya??
     ....:: Ya,kerana setiap orang telah di tetapkan jodoh masing2..
       : siapa??
     ....:: nanti ALLAH akan perkenalkan kepada aku..
       : bila??
     .....:: bila kami dah di pertemukan..InsyaALLAH jemput datang ke walimatul urusku nanti..

** ingat!! Jangan terlalu sibuk bertanya bila orang tu nak kawen kerana RAHSIA itu terletak di tanggan ALLAH.Sampai masa ALLAH swt akan membongkarnya jua..InsyaALLAH..**

 Aku bertuah kerana aku telah dipilih oleh ALLAH untuk di uji bagi aku lebih meningkatkan amal ibadah aku terhadap-Nya dan terus meneruskan dakwah Rasulullah saw.Aku teringat satu ungkapan yang dipetik dari salah seorang ustazah dalam rancangan ustazah pilihan yang selalu di tayangkan di astro oasis " seorang wanita yang baik hanya layak untuk lelaki yang baik dan tak perlu kita mencari yang soleh kalau diri tidak solehah " ** maka kesimpulannya jadilah seorang wanita yang solehah insyaALLAH suami yang soleh akan datang dgn sendiri menemui zaujatinya..insyaALLAH.. Aku yakin ALLAH swt telah mengaturkan yang terbaik dari kalangan yang terbaik untuk ku bagi aku memantapkan iman dan taQwaku kepada-Nya..amin..
>> Allahumma saa'khirli zaujan solihan yakhtibuni wayatazaumajubi wayakunu sahibanli fiddunya wal jannah << ......amin ya rabbal alamin....
p/s : hanya untuk perkongisan..keep it smile..^_^