BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 20 November 2011

Saat diri di uji....

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia...hihihi...( versi skema mood )

    Lama nya tak menguras my blog..hihi..Alhamdulillah cuti sekolah telah pun dah bermula..tp untuk pelajar SPM dan STPM tengah berjuang untuk menjawab kertas ujian mereka..apa2 pun wish u all good luck k..hihihi.."ingat setiap apa yang telah kita usaha selama ini insyaALLAH akan membuahkan hasil hanya dengan izin ALLAH" amin..kepada student aku yg dah dpt keputusan UPSR tu tahniah di atas kejayaan kamu semua..dan tak lupa jugak kat adik2  atau kengkawan yang tengah tunggu result PMR tu hopefully dpt keputusan gempak yg selalu diharapkan k....hihihi..dalam cuti sekolah ni plak ramai yang mengambil kesempatan untuk mendirikan masjid..alhamdulillah..tahniah..
    "SAAT DIRI DI UJI" nice topic..hihihih..setiap org mesti akan mengalami masalah masing2..setiap ujian yang kita lalui pasti ada hikmah di sebaliknya..insyaALLAH..macam2 yang aku lalui selepas semestar kedua ni..huhuhuh..alhamdulillah aku masih bertahan kerana terdpt family aku yang sentiasa menyokongku dari belakang..=) thanks mak, ayah , azizul , azizi n adib azizan..(3 of my hero) hihi



Kadang bnyak persoalan yang terlintas di akal fikiran ku..
>> mengapa kita di uji??
>> mengapa kita tak di berikan apa yang kita ingin kan??
>> bila nak kawen , kenapa lambat ,dah berpunya ke belum , siapa dan bila???? ( huhuhuhu persoalan ni lah yang selalu org akan ajukan...huhuhu)

    Walauapa pun aku gembira melihat kawan2 yang bahagia dalam rumah tangga mereka dan aku bila pula?? Ada yang dah kawen , bertunang seperti gambar2 yang selalu mereka postkan di laman muka buku (FB)..hhhuuurrm besnya merekaa..aku bila pulak akan mengikut jejak langkah mereka...huhu

   JAWAPAN DI SETIAP PERSOALAN AKU..
  (memotivasikan dan memusabahkan diri)
<< memang ALLAH nak uji hamba-Nya supaya kita dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaQwaan kita kepada-Nya..
<< memang ALLAH tak bagi apa yang kita inginkan sebab dalam surah al-Baqarah ayat 216 ada menyatakan..
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH mengetahuai sedangkan kamu tidak mengetahui"
" May b I received noting I wanted..
    But I received everything I needed..." (like this word) hihihihi ayat yang membina..^_^
<<  : bila nak kawen?? kenapa lambat??
     ....:: kerana ALLAH tahu masa yang terbaik untuk aku..
       : dah berpunya??
     ....:: Ya,kerana setiap orang telah di tetapkan jodoh masing2..
       : siapa??
     ....:: nanti ALLAH akan perkenalkan kepada aku..
       : bila??
     .....:: bila kami dah di pertemukan..InsyaALLAH jemput datang ke walimatul urusku nanti..

** ingat!! Jangan terlalu sibuk bertanya bila orang tu nak kawen kerana RAHSIA itu terletak di tanggan ALLAH.Sampai masa ALLAH swt akan membongkarnya jua..InsyaALLAH..**

 Aku bertuah kerana aku telah dipilih oleh ALLAH untuk di uji bagi aku lebih meningkatkan amal ibadah aku terhadap-Nya dan terus meneruskan dakwah Rasulullah saw.Aku teringat satu ungkapan yang dipetik dari salah seorang ustazah dalam rancangan ustazah pilihan yang selalu di tayangkan di astro oasis " seorang wanita yang baik hanya layak untuk lelaki yang baik dan tak perlu kita mencari yang soleh kalau diri tidak solehah " ** maka kesimpulannya jadilah seorang wanita yang solehah insyaALLAH suami yang soleh akan datang dgn sendiri menemui zaujatinya..insyaALLAH.. Aku yakin ALLAH swt telah mengaturkan yang terbaik dari kalangan yang terbaik untuk ku bagi aku memantapkan iman dan taQwaku kepada-Nya..amin..
>> Allahumma saa'khirli zaujan solihan yakhtibuni wayatazaumajubi wayakunu sahibanli fiddunya wal jannah << ......amin ya rabbal alamin....
p/s : hanya untuk perkongisan..keep it smile..^_^

0 ulasan: