BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 28 Ogos 2011

mencari Nur Ramadhan

Assalamualaikummm dan salam Ramadhan....

  Alhamdulillah kita telah pon sampai ke fasa terakhir Ramadhan pada tahun ini.Iaitu fasa yang mana ALLAH swt telah menjanjikan api neraka akan di jauh2kan bagi setiap mukmin yang beriman dan menghidupkan sinar Ramadhan di bulan penuh berkah ini..Untuk membangkitkan semangat memeriahkan di 10 Ramadhan terakhir ini marilah sama2 kita memusahabah diri..Renung2kan dan fikir2kan kembali sedalam2nya apa yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini..Adakan cukup untuk bekalan kita???? atau persiapan raya lebih lengkap????
 
   Bila difikirkan dan dikaji sesampainya kita pada penghujung Ramadhan ni ramai para jemaah akan meninggalkan masjid,maksudnya di sini ahli jemaah semakin berkurangan..hurmmm sepatutnya di 10 malam terakhirlah kita berlumba2 untuk mengejar dan mencari "NUR RAMADHAN".Akan tetapi ini yang berlaku kpd masyarakat kita bukannya nak berlumba2 mngejar amalan di bulan Ramadhan malah berlumba2 untuk menunjuk2 dengan melakukan persiapan menjelang Hari Raya..Subhanallahh !!!!!

   Cuba kita berfikir sejenak tiada bil yang ALLAH swt kenakan kepada kita di atas segala nikmat yang telah di kurniakan di dunia ini..Salahkan kita untuk mengabdikan diri pada-Nya..Kenapa hendak berlumba2 mengejar kemewahan dunia.???? Seperti kita sedia maklum setiap hujung bulan kita akan di timbun2kan dengan bayaran bil.Bil air,bil elektrik,bil kereta,bil telefon dan sebagainya..Kenapa kita perlu bayar???? sebab kita dah mengunakan sumber atau  perkhidmatan dari pihak tertentu..

   Sedarkah kita 1 perkhidmatan yang kita gunakan secara percuma iaitu tanpa bayaran satu sen pun kepada pembekal iaitu nikmat dari ALLAH swt.Semuanya percuma tetapi kita manusia ni jarang untuk bersyukur..Dalam firman ALLAH swt :-
          "Dan sekiranya engkau menghitung nikmat2 ALLAH swt,(pasti) ianya takkan dapat terhitung" (brahim 34)

     Sekiranya ALLAH mengenakan bil di atas setiap perkhidmatan-Nya di muka bumi ini adakah kita mampu untuk membayarnya?? hatta jutawan sekali pun xkan mampu untuk membayarnya..Sebagai contoh pernafasan..Jika ALLAH mengenakan cukai atau bayaran di atas setiap udara yang kita sedut setiap hari di muka bumi ini rm1.00 tak pun 10sen. Dalam satu minit berapa kali kita bernafas?? satu jam?? satu hari?? satu bulan?? satu tahun?? selama hayat kita?? mengikut kajian manusia akan bernafas 18-30 ribu kali sehari..Ini baru nikmat ALLAH pernafasan.Andai nikmat2 yang lain juga di bayar dengan kadar yang sama,adakah kita mampu untuk membayarnya????
      Firman ALLAH swt :-
                "Kemudian Dia menyempurnakan dan menghidupkan roh(ciptaan-Nya) dan Dia menjadikan kamu pendengar,penglihatan dan hati (tetapi) kamu sedikit sekali pun bersyukur." (as-sajdah :9)

      Bayangkan jika setiap bil tak mampu untuk kita bayar seperti prosedur2 bil2 air dan elektrik akan di kenakan amaran dan pemotongan..Jika ALLAH melakukan dengan sedemikian rupa.. Subhanallah!!!! tak terhitung banyaknya tunggakkan bil tersebut..Taatlah pada perintah-Nya dan tinggallah segala larangan-Nya itu sudah sebahagian dari kita mensyukuri nikmat ALLAH jika di tambah dengan amalan2 solat,solat2 sunnat,berzikir memuji nama-Nya,bersedekah,mengejar akhirat dan sebagainya akan memantapkan iman kita.InsyaALLAH..Paling mudah ucaplah ALHAMDULILLAH itu pun memadai kita mengucapkan syukur kepada-Nya.

        Maka lengkapkanlah amalan kita yang tertinggal dan tampunglah ia dengan mengejar di malam terakhir Ramadhan dengan perbanyakkan amalan kita..

akhirat itu benar....
syurga itu penar....
neraka itu benar...
sesungguhnya janji ALLAH itu pasti..
   
   marilah kita sama2 mengambil peluang di 10 ramadhan terakhir ini perbanyakkan amalan dan moga kita dan seluruh kaum keluarga kita mendapat redha ALLAH dan dijauh2kan dari api neraka...amin..

wassalam.......

p/s : sekadar ingatan kepada semua sekiranya ada salah dan silap harap dimaafkan....Salam akhir ramadhan dan Selamat Hari Raya kepada semua....

Rabu, 24 Ogos 2011

my student @ ramadhan

Assalamualaikumm....

xlama lagi dah stat cuti raya....my student xcited sngat dah nak raya termasuklah ustazahnyaa ni..hihihi....

lesson plan 4 yesterday is...."tulisan khat"

 fuuhhhh bukan main xcited nyaa diaorg bla aku suruh buat tulisan khat..so arahannya adalah menulis nama masing2 kat kertas yang telah aku sediakan dengan mngunakan tulisan khat....punyelah suka nye diaorg siap suruh aku tlg tajamkan pensil khat lagi....kalo zaman aku blaja dlu kitaorg buat tulisan khat ni guna dakwat n anak rotan yg kecik tu..karang ni susah nak dapatkan benda tu lagi..huhuhu...almaklumlah dah moden....

ni lah aktiviti diaorg sepanjang class di mulakan....










ni aktiviti diaorg time rehat sepanjang ramadhan ni....
** aku xbagi diaorg main kat luar coz panas t xpasal2 pecah plak puasa.....




haaaa ni lah hasil karyaaa mereka....^_^






 p/s : hanya sekar untuk perkongsian....salam ramdahan....^_^

Khamis, 18 Ogos 2011

Ujian hidup by Imam muda

huuu.....0oooooo........

Ketika hidup ku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepadanya akan ku pergi
untuk mencari bimbingan....

   Ku serah takdir di tangan-Nya
   Mengukir perjalanan
   Walau ujian hidup melanda
   Ku tabah menerima kerana....

** Walau pun tak dikurniakan kemasyuran
      Walau pun tak dilimpah kemewahan
      Hatiku tetap memuji nama-Mu selalu ya Rabbi...


   Walau pun tak diberi kemakmuran 
   Akan ku memanjangkan kesabaran
   Ku tetap syukur pada Ilahi kerana mengurniakan nyawa ini..


  Dia di hati selalu
  memberikan ku petunjuk
  apabila pandangan samar
       Biarkan hidup digoda
       ujian dan pancaroba
       pasti ada hikmah di akhirnya..


** hidup umpama roda....Ujian hidup adalah tarbiyyah dari ALLAH swt.....

Rabu, 10 Ogos 2011

bertudung zaman sekarang

Bismillahhirrahmanirrahimmm.....


Assalamualaikum.....

   Fuhhh manisnya Ramadhan bagi sesiapa yang beramal di dalam nyaa....Diam tak diam dah 10 Ramadhan berlalu....masyaALLAH cepatnya masa berlalu....jom kita sama2 tingkatkan amalan di bulan yg mulia ini..mana tau kita di kurniakan malam lailatuQadar....subhanallah..amin..insyaALLAH.....

   Dalam kelas hari ini aku mengajar topik yang amat menarik iaitu "adab berpakaian"..Soalan pertama yang aku ajukan kepada anak didik ku adalah bahagian aurat lelaki dan perempuan..Hampir semua daripada mereka menjawab dengan betul.Iaitu aurat lelaki dari pusat hingga lutut manakala aurat perempuan semua bahagian kecuali tapak tangan dan muka..Terkilan dengan umur yang sedemikian mereka dah tahu bahagian2 aurat kaum adam dan hawa jika dibandingkan dengan org dewasa..Terdapat hadis meriwayatkan :
 Golongan yang mudah untuk masuk syurga adalah kaum wanita..,akan tetapi ramai penghuni neraka adalah wanita....persoalannya kenapa???????
 Hal ini kerana wanita yang tidak dapat menjaga aurat..Dalam firman ALLAH swt :

Wahai anaka2 adam! Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu (bahan2 untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taQwa.itulah yang sebaik2nya.yang demikian itu adalah dari tanda2(limpah kurnia) ALLAH (dan rahmat-Nya kepada hamba2-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur) (surah Al-A'araf :26)

Hari ini  lepas balik dari kerja,aku dan adik2 pergi ke bazar Ramadhan..Di situ ramai org berpusu2 untuk membeli barang makanan untuk juadah berbuka..Akan tetapi sambil aku melihat aneka jenis juadah aku terlihat seorang wanita yang bertudung fesyen ala zaman sekarang memakai t-shirt pendek jarang mengikut body dan memakai seluar legging...subhanallah....Berfesyen tak salah tapi biarlah berpada2..Biarlah masih dalam cara pemakaian dalam islam.. jangankan bertudung tapi pakaian masih ketat2..jangankan bertudung tapi akhlak masih kosong..hurmmmmmm tak guna hidup dalam kepura2an.. 

Muslimah kena faham apa yang di maksudkan dengan bertudung dan menutup aurat..bukan bertudung untuk santapan  kaum lelaki tapi bertudung untuk diri sendiri dan takut akan azab ALLAH swt....bertudung bukan untuk menunjuk2 yang diri seorang muslim tetapi hampehhhh bila berpakaian sebegitu......nak saja aku pergi menegur wanita tersebut walaupun dia lebih berusia dariku....hurmmmm....

So please mind to use the hijab.It is the special gift from ALLAH to all muslimah. Also  it's special order. None of any kind of creature in this universe is created so beautifully  that they have to hide  their beauty with hijabs..Only women.

p/s :If you ever see a muslimah use the hijab is doing the bad stuff,remember that the one to blame is the women its not the hijab..