BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 28 Ogos 2011

mencari Nur Ramadhan

Assalamualaikummm dan salam Ramadhan....

  Alhamdulillah kita telah pon sampai ke fasa terakhir Ramadhan pada tahun ini.Iaitu fasa yang mana ALLAH swt telah menjanjikan api neraka akan di jauh2kan bagi setiap mukmin yang beriman dan menghidupkan sinar Ramadhan di bulan penuh berkah ini..Untuk membangkitkan semangat memeriahkan di 10 Ramadhan terakhir ini marilah sama2 kita memusahabah diri..Renung2kan dan fikir2kan kembali sedalam2nya apa yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini..Adakan cukup untuk bekalan kita???? atau persiapan raya lebih lengkap????
 
   Bila difikirkan dan dikaji sesampainya kita pada penghujung Ramadhan ni ramai para jemaah akan meninggalkan masjid,maksudnya di sini ahli jemaah semakin berkurangan..hurmmm sepatutnya di 10 malam terakhirlah kita berlumba2 untuk mengejar dan mencari "NUR RAMADHAN".Akan tetapi ini yang berlaku kpd masyarakat kita bukannya nak berlumba2 mngejar amalan di bulan Ramadhan malah berlumba2 untuk menunjuk2 dengan melakukan persiapan menjelang Hari Raya..Subhanallahh !!!!!

   Cuba kita berfikir sejenak tiada bil yang ALLAH swt kenakan kepada kita di atas segala nikmat yang telah di kurniakan di dunia ini..Salahkan kita untuk mengabdikan diri pada-Nya..Kenapa hendak berlumba2 mengejar kemewahan dunia.???? Seperti kita sedia maklum setiap hujung bulan kita akan di timbun2kan dengan bayaran bil.Bil air,bil elektrik,bil kereta,bil telefon dan sebagainya..Kenapa kita perlu bayar???? sebab kita dah mengunakan sumber atau  perkhidmatan dari pihak tertentu..

   Sedarkah kita 1 perkhidmatan yang kita gunakan secara percuma iaitu tanpa bayaran satu sen pun kepada pembekal iaitu nikmat dari ALLAH swt.Semuanya percuma tetapi kita manusia ni jarang untuk bersyukur..Dalam firman ALLAH swt :-
          "Dan sekiranya engkau menghitung nikmat2 ALLAH swt,(pasti) ianya takkan dapat terhitung" (brahim 34)

     Sekiranya ALLAH mengenakan bil di atas setiap perkhidmatan-Nya di muka bumi ini adakah kita mampu untuk membayarnya?? hatta jutawan sekali pun xkan mampu untuk membayarnya..Sebagai contoh pernafasan..Jika ALLAH mengenakan cukai atau bayaran di atas setiap udara yang kita sedut setiap hari di muka bumi ini rm1.00 tak pun 10sen. Dalam satu minit berapa kali kita bernafas?? satu jam?? satu hari?? satu bulan?? satu tahun?? selama hayat kita?? mengikut kajian manusia akan bernafas 18-30 ribu kali sehari..Ini baru nikmat ALLAH pernafasan.Andai nikmat2 yang lain juga di bayar dengan kadar yang sama,adakah kita mampu untuk membayarnya????
      Firman ALLAH swt :-
                "Kemudian Dia menyempurnakan dan menghidupkan roh(ciptaan-Nya) dan Dia menjadikan kamu pendengar,penglihatan dan hati (tetapi) kamu sedikit sekali pun bersyukur." (as-sajdah :9)

      Bayangkan jika setiap bil tak mampu untuk kita bayar seperti prosedur2 bil2 air dan elektrik akan di kenakan amaran dan pemotongan..Jika ALLAH melakukan dengan sedemikian rupa.. Subhanallah!!!! tak terhitung banyaknya tunggakkan bil tersebut..Taatlah pada perintah-Nya dan tinggallah segala larangan-Nya itu sudah sebahagian dari kita mensyukuri nikmat ALLAH jika di tambah dengan amalan2 solat,solat2 sunnat,berzikir memuji nama-Nya,bersedekah,mengejar akhirat dan sebagainya akan memantapkan iman kita.InsyaALLAH..Paling mudah ucaplah ALHAMDULILLAH itu pun memadai kita mengucapkan syukur kepada-Nya.

        Maka lengkapkanlah amalan kita yang tertinggal dan tampunglah ia dengan mengejar di malam terakhir Ramadhan dengan perbanyakkan amalan kita..

akhirat itu benar....
syurga itu penar....
neraka itu benar...
sesungguhnya janji ALLAH itu pasti..
   
   marilah kita sama2 mengambil peluang di 10 ramadhan terakhir ini perbanyakkan amalan dan moga kita dan seluruh kaum keluarga kita mendapat redha ALLAH dan dijauh2kan dari api neraka...amin..

wassalam.......

p/s : sekadar ingatan kepada semua sekiranya ada salah dan silap harap dimaafkan....Salam akhir ramadhan dan Selamat Hari Raya kepada semua....

0 ulasan: