BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 31 Julai 2011

Terapi RaMaDHaN.....

Assalamualaikumm.....

  Hari ini merupakan 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 H. Bermakna hari ni bermulah semua umat Islam melaksanakan Rukun Islam yang ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan sejajar dengan tuntutan syariat di mana bulan yang penuh keberkatan..Bulan yang dalamnya terbuka semua pintu2 syurga dan tertutup pintu neraka..Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan iaitu di awalnya terdapat Rahmah ditengahnya merupakan Maghfirah dan di hujungnya adalah janji ALLAH s.w.t bagi mereka yang beriman dan ikhlas yakni akan dibebaskan dari api neraka...amin....
   
        Sabda Rasulullah SAW bermaksud :
    "Sungguh telah datang padamu bulan yang penuh berkat, dimana ALLAH mewajibkan kamu berpuasa pada bulan Ramadhan saat pintu2 syurga dibuka ,ditutup pintu neraka dan di belengggu syaitan2.Dan dimana dijumpai  suatu malam yang dinilai lebih berharga daripada seribu bulan, maka barang siapa yang tidak berhasil  beroleh kebaikan sungguh tidak akan mendapatkannya buat selama-lamanya." ( Hadith Riwayat Ahmad , Nasa'i dan Baihaqi) 

   Berbalik kepada topik yang ingin saya kongsikan di sini adalah "Terapi Ramadhan". Bukan rambut saja ada terapi ea....hihihihih..Ramadhan pon ada terapi..Terapi Ramadhan ialah menyucikan hati dan meningkatkan rohani kepada yang lebih baik dan bersih...insyaALLAH.. Saya menamakan produk ini sebagai Terapi Ramadhan kerana isi kandungannya merupakan panduan yang boleh dijadikan tiket untuk kita menempah Syurga yang telah dijanjikan kedapa sesiapa yang berpuasa dan menjaga amal ibadahnya.Amalan2 yang ikhlas merupakan jaminan untuk kita menuju ke syurga ALLAH. insyaALLAH..amin..Inilah yang dikatakan realiti kehidupan... Kita harus berdoa agar amalan kita di bulan Ramadhan ini agar di terima ALLAH swt...amin..

       Semoga terapi Ramadhan ini dapat membantu kita untuk mengharungi lautan keberkatan dan rahmah ALLAH swt di bulan Ramadhan ini..insyaALLAH......

      was'Salam....

Sabtu, 30 Julai 2011

Amalan Gotong Royong

Salam akhir Sya'aban.....

  Rasanya tak lama lagi kita akan menyambut bulan yang amat di nantikan oleh semua umat Islam iaitu bulan Ramadhan..Hari ni dah 30hb Julai bersamaan 29 Sya'aban 1432 H. Esok kita umat Islam akan menantikan penyumuman tarikh bermulanya puasa.. Semua Jabatan Agama Islam akan di tugaskan untuk melihat anak bulan di bahagian tempat masing2 bagi penetapan tarikh bermulanya puasa.. InsyaALLAH.....

    Hurmmm..that not the main topic me today.hihihihi. Topik yang ingin saya kongsikan di sini ialah "amalan gotong royong".. Sejak2 seminggu ni ramai orang kampung sibuk membuat gotong royong membersihkan kawasan rumah , kawasan tanah perkuburan dan kawasan masjid dan surau.. macam ni lah suasana hidup kita perkampung.. Sungguh meriah ^_^..

    Hari ni aktiviti gotong royong di kampung saya ada mengadakan majlis kenduri arwah di surau.. Tertarik sangat kesungguhan orang kampung bersama-sama menjayakan majlis ni.. Masing-masing bantu membantu antara satu sama lain.. bermula dari semalam dah mereka bertungkus lumus membanting tulang menyiapkan persiapan termasuklah mak dan ayah turut membantu.. Tak cukup dengan membantu dari segi tenaga mereka juga mengeluarkan wang sendiri untuk di sumbangkan bagi menampung keperluaan majlis tersebut.. Tak kisah sebanyak mana pun wang itu di sumbangkan asalkan ikhlas dalam erti kata lain tidak menunjuk2.. Amalan yang ikhlas ni lah yang akan menjadi bekalan kita di hari akhirat kelak.. insyaALLAH....

  Perkara yang saya sungguh kagum pabila orang kampung memasak menggunakan cara lama iaitu memasak menggunakan kayu api.. Fuhhhhh memasak menggunakan kayu api bukan nya kerja mudah kerana ianya memerlukan kesabaran.. Tiba-tiba kayu api yang mereka nyalakan tadi untuk memasak daging terpadam , apa lagi 2 3 orang mak cik ni berusaha untuk menyalakan semula kayu api tersebut. Akan tetapi tidak berjaya..Datang lah seorang pak cik (yang tak perlu saya sebutkan nama) dia berusaha untuk meniup dan mengipas kayu api tersebut supaya menyala.. Setelah itu api tersebut pun menyala dengan bantuan pak cik tersebut akan tetapi muka pakcik tersebut habis hitam semata-mata hendak menyalakan api...hihihihihihhih....semua orang di situ geli hati melihat kejadian tersebut..:)..sori ea pak cik saya tak sengaja nak ketawa dengan gelagat dan riaksi pak cik td.. nasib baik terkna pada pak cik yang spoting....hahahahah

  Meriahnya suasana gotong-royong ni..banyak yang dapat kita perolehi antaranya kita dapat mengenali dan mengetahui cara hidup berjiran dan saling bantu membantu antara satu sama lain..Semoga amalan gotong royong ini juga dapat kita semai di kalangan remaja agar mereka tahu hidup berjiran dan saling bantu menbantu sesama muslim.. amin....

    Was'salam.....

Selasa, 19 Julai 2011

Renungan

Assalamualaikum....

Bissmillahirrahmanirrahim....

   Tertarik saya untuk menulis blog di ruangan masa ini kerana ramai rakan2 menunjukkan luahan rasa kecewanya di ruangan sosial iaitu facebook(FB)....Ingatlah wahai sahabat cinta yang hakiki datangnya dari ALLAH swt..cinta manusia adalah palsu dan pinjaman semata2....

** Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan anda , supaya anda dapat menjadi penilai yang baik.

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tak sama fikirannya dengan anda supaya anda sedar bahawa kita hanyalah mahluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak memahami keadaan diri anda supaya anda dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri anda.

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tak sempurna supaya anda sedar bahawa ALLAH maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingati anda bahawa dia bukanlah pilihan yang tepat dan hebat untuk anda dan kehidupan anda pada masa hadapan.

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang sangat lain perangainya dengan anda supaya anda dapat mengutip pengalaman yang tak suma orang berpeluang mengalaminya..

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak runggutan itu dan ini supaya anda menjadi seorang mukmin yang hebat jiwanya.

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tak penyayang supaya anda lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama ALLAH swt

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri supaya anda lebih mengenali kehidupan yang tidak kekal selama2nya.

** Wahai sahabat yang berduka , menderita , sengsara dan kecewa kerana cinta dunia fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tidak pasti menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-Nya dengan meninggalkan larangan-Nya.
   "Amal ma'aruf nahi mungkar"

Percayalah sesungguhnya ALLAH akan mendengar segala permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh harapan hanya kepada-Nya.Sabarlah sahabat....Ceriakan hatimu kerana ALLAH sentiasa ada bersamamu selagi mana anda taat kepada-Nya....

  wa'allahualam.....

Wassalam.....^_^

Ahad, 17 Julai 2011

Kehebatan bulan Islam

Assalamualaikumm dan salam syaaban..

Sedar tak sedar kita dah menghampiri ramadhan....bulan yang amat di nantikan2 oleh suma umat islam..Bulan syaaban merupakan bulan kedua selepas bulan rejab yang penuh dengan keberkatan..


اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
" Allahumma BariQlanna fi rajabi wa syaaban wa ballighna ramadhan"


Maksudnya : " Ya ALLAH ya Tuhanku, anugerahkanlah keberkatan kepada kami di bulan rejab dan syaaban dan sampaikan kami ya ALLAH di bulan ramadhan" amin ya rabbal alamin....


Jika kita lihat 3 bulan yang penuh syafaat buat kita beramal kepada ALLAH adalah dalam 3 bulan yang penuh keistimewaaannya iiaitu bulan Rejab Syaaban dan Ramadhan..Di samping itu terdapat peristiwa2 yang terselit di dalam 3 bulan tersebut...Contonya bulan Rejab..berlakunya "peristiwa israQ dan mikraj" iaitu peristiwa di mana malaikat Jibril membawa Rasulullah saw dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa kemudian ke Sidratul muntaha dengan menunggang buraq..


Manakala pada bulan syaaban terdapatnya Nisfu Syaaban.Dari Abu Hurairah ra dari Nabi Muhammmad bersabda maksudnya "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."


Di bulan Ramadhan pula kita umat Islam diwajibkan untuk berpuasa menahan lapar dan mengeluarkan zakat bagi yang mampu..Kita di wajibkan berpuasa di siang hari dan menunaikan solat sunnat tarawih bukannya tarakueh..ek....hihihihi dan mencari "malam Lailatulqadar" hanya insan2 terpilih dan penuh amalnya akan menjumpai malam tersebut..Ya ALLAH pertemukanlah aku dan saudara2 islamku di malam  lailatulqadar pada tahun ini....amin....

    " Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan untuk kita meminta keampunan daripada ALLAH swt , Bulan Syaaban adalah kesempatan kita untuk memperbaiki diri dan bulan Ramadhan adalah bualan untuk kita menerangkan hati dan jiwa"(bertawadduq kepada ALLAH swt)

                                                     
                          **** SeLaMaT BeRaMaL ****

Ahad, 3 Julai 2011

Bismillahirrahmanirrahim......
Assalamualaikum dan salam sya'aban.....

hurmmm....lamanya tak menulis apa2 kat blog ni da sejak sesi persekolahan penggal kedua bermula....start je sesi persekolahan pnggal ke2 macam2 aktivi kat skolah..memang padat..hurmm terpaksa curi2 masa nak buat kelas KAFA coz stiap hari isnin mesti ada wat meeting....1st masuk skolah hari tu tertarik plak kat telatah sorg pelajar lelaki ni..dia snggup lari dari class n nggis2 coz xnak masuk kelas..so aku p lah pujuk...wlaupon aku ni xreti nak pujuk.hahahhahah.....hurmmm yg tu 1 hal......

1hal lagi....bla aku p trun kerja so melimpas lah kelas tahun 1 untuk pergi ke bilik guru..semua ucap selamat pagi..di ceritakan adalah seorang budak ni..dia tnya.. ustazah ni orang kaya ke???? aku jawab....tak juga ustazah org biasa2 jee..nape..???? aku tanya blek..nape ustazah turun sekolah pkai baju cantik2..?? padahal aku turun skolah pkai baju kurung biasa je..hurmm..aku kata blek kat budak tu..kalau nak pkai cantek2 kena rajin-rajin blajar n jangan lawan cakap guru....hihhihihi...hurmm macam2 perangai laa budak2 ni..proaktif laa sangat....^_^

Dalam 3 mggu berturut2 ni aku n kengkawan kat skolah memang xda rehat untuk hari sabtu n ahad..hurmm....sabar berkhidmat utk negara..hihihihi..walaupon mulut bising tetap gak buat kerja bagi menjayakan aktiviti kat skolah..^_^.. macam tu lah "PL" ktaorg kat skolah...hahhahah..yg penting ikhlas....
mggu ni ada pelancaran program 1murid 1sukan...masa program tu plak untuk mencukupkan masa ada satu permintaan..guru2 kna lawan ngan ibu bapa bagi perlawanan bola jaring..huhu..alamak xkan perkara lepas berulang balek kot...ooo tidakk!!!!..*kalau taun lepas guru2 kna lawan ibu2 untuk perlawanan tarik tali n bola sepak...fuhhh abis ktaorg kna kerjakan oleh kaum2 ibu ni sempena sambutan hari guru..*balek umah abis sakit2.. tp alhamdulillah tm pertandingan tu plak ktaorg menang...hihihihi....kalo nak lawan tarek tali xnak laa coz suma guru2 kering2 blaka...hahahah.... pas tu gotong royong bagi menjayakan program motivasi tahun 6 dan pertandingan bola sepak 9 sebelah....8,9,dan 10 mggu ni program motivasi n mggu depan plak pertandingan bola sepak..almaklumlah nak menyempatkan waktu sebelum puasa....fuhhhhh....apa2 pon harap sumanya berjalan ngan lancar untuk ke2 program....amin.....

man jadda wajja daaa....insyaALLAH.....