BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 19 Julai 2011

Renungan

Assalamualaikum....

Bissmillahirrahmanirrahim....

   Tertarik saya untuk menulis blog di ruangan masa ini kerana ramai rakan2 menunjukkan luahan rasa kecewanya di ruangan sosial iaitu facebook(FB)....Ingatlah wahai sahabat cinta yang hakiki datangnya dari ALLAH swt..cinta manusia adalah palsu dan pinjaman semata2....

** Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan anda , supaya anda dapat menjadi penilai yang baik.

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tak sama fikirannya dengan anda supaya anda sedar bahawa kita hanyalah mahluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak memahami keadaan diri anda supaya anda dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri anda.

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tak sempurna supaya anda sedar bahawa ALLAH maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingati anda bahawa dia bukanlah pilihan yang tepat dan hebat untuk anda dan kehidupan anda pada masa hadapan.

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang sangat lain perangainya dengan anda supaya anda dapat mengutip pengalaman yang tak suma orang berpeluang mengalaminya..

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak runggutan itu dan ini supaya anda menjadi seorang mukmin yang hebat jiwanya.

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tak penyayang supaya anda lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama ALLAH swt

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri supaya anda lebih mengenali kehidupan yang tidak kekal selama2nya.

** Wahai sahabat yang berduka , menderita , sengsara dan kecewa kerana cinta dunia fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tidak pasti menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-Nya dengan meninggalkan larangan-Nya.
   "Amal ma'aruf nahi mungkar"

Percayalah sesungguhnya ALLAH akan mendengar segala permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh harapan hanya kepada-Nya.Sabarlah sahabat....Ceriakan hatimu kerana ALLAH sentiasa ada bersamamu selagi mana anda taat kepada-Nya....

  wa'allahualam.....

Wassalam.....^_^

0 ulasan: