BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 30 Julai 2011

Amalan Gotong Royong

Salam akhir Sya'aban.....

  Rasanya tak lama lagi kita akan menyambut bulan yang amat di nantikan oleh semua umat Islam iaitu bulan Ramadhan..Hari ni dah 30hb Julai bersamaan 29 Sya'aban 1432 H. Esok kita umat Islam akan menantikan penyumuman tarikh bermulanya puasa.. Semua Jabatan Agama Islam akan di tugaskan untuk melihat anak bulan di bahagian tempat masing2 bagi penetapan tarikh bermulanya puasa.. InsyaALLAH.....

    Hurmmm..that not the main topic me today.hihihihi. Topik yang ingin saya kongsikan di sini ialah "amalan gotong royong".. Sejak2 seminggu ni ramai orang kampung sibuk membuat gotong royong membersihkan kawasan rumah , kawasan tanah perkuburan dan kawasan masjid dan surau.. macam ni lah suasana hidup kita perkampung.. Sungguh meriah ^_^..

    Hari ni aktiviti gotong royong di kampung saya ada mengadakan majlis kenduri arwah di surau.. Tertarik sangat kesungguhan orang kampung bersama-sama menjayakan majlis ni.. Masing-masing bantu membantu antara satu sama lain.. bermula dari semalam dah mereka bertungkus lumus membanting tulang menyiapkan persiapan termasuklah mak dan ayah turut membantu.. Tak cukup dengan membantu dari segi tenaga mereka juga mengeluarkan wang sendiri untuk di sumbangkan bagi menampung keperluaan majlis tersebut.. Tak kisah sebanyak mana pun wang itu di sumbangkan asalkan ikhlas dalam erti kata lain tidak menunjuk2.. Amalan yang ikhlas ni lah yang akan menjadi bekalan kita di hari akhirat kelak.. insyaALLAH....

  Perkara yang saya sungguh kagum pabila orang kampung memasak menggunakan cara lama iaitu memasak menggunakan kayu api.. Fuhhhhh memasak menggunakan kayu api bukan nya kerja mudah kerana ianya memerlukan kesabaran.. Tiba-tiba kayu api yang mereka nyalakan tadi untuk memasak daging terpadam , apa lagi 2 3 orang mak cik ni berusaha untuk menyalakan semula kayu api tersebut. Akan tetapi tidak berjaya..Datang lah seorang pak cik (yang tak perlu saya sebutkan nama) dia berusaha untuk meniup dan mengipas kayu api tersebut supaya menyala.. Setelah itu api tersebut pun menyala dengan bantuan pak cik tersebut akan tetapi muka pakcik tersebut habis hitam semata-mata hendak menyalakan api...hihihihihihhih....semua orang di situ geli hati melihat kejadian tersebut..:)..sori ea pak cik saya tak sengaja nak ketawa dengan gelagat dan riaksi pak cik td.. nasib baik terkna pada pak cik yang spoting....hahahahah

  Meriahnya suasana gotong-royong ni..banyak yang dapat kita perolehi antaranya kita dapat mengenali dan mengetahui cara hidup berjiran dan saling bantu membantu antara satu sama lain..Semoga amalan gotong royong ini juga dapat kita semai di kalangan remaja agar mereka tahu hidup berjiran dan saling bantu menbantu sesama muslim.. amin....

    Was'salam.....

0 ulasan: