BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 11 Disember 2011

Menanti Di Barzah

Salam.....

  Today I want to share something to all reader..who knows starled me to feel wistful when to go to the market I heard on the radio songs from the group nasyid Far East..huhuh...sampai2 je aku kat rumah aku trus on laptop and found lagu kumpulan nasyid Far East td..huhuhu....MENANTI di BARZAH tajuknyaa...huhuhuhu...sayu nyaa  lirik lagu nii....huhu..Terdetik rasa hati aku apabila mengingati kisah kekasih ALLAH menemui ajalnya...huhu

 Kisah inilah yang pernah aku kongsikan kepada anak didikku n now I would  like to share to all reader blogger...walaupun ada di kalangan yang pnah mendengar kisah ini di buku2,perpustakaan or dari ustaz /ustazah kan..huhu..Betapa mulianya dan indahnya akhlak Rasulullah saw mengingatkan kita kepada kematian....huhu..
>> Tiba2 dari luar pintu seseorang memberikan salam kepada Fatimah dan meminta keizinan untuk masuk datang menemui Rasulullah saw..kata Fatimah kepada tetamu tersebut ayahnya sedang demam..Rasulullah saw bertanya kepada puterinya Fatimah.."Siapakah itu ya Fatimah?? Rasulullah bertanya.."Tak tahu ayahnda,seolah2 orang itu baru sekali aku melihatnya" jawab Fatimah lembut..Lalu Rasulullah saw meratap wajah anaknya dengan pandangan yang mengetarkan dan seolah2 bahagian demi bahagian wajah puterinya hendak dikenang.."ketahuilah dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dia lah malaikat maut wahai anakku.."kata Rasulullah saw ledakan suara tangisan Fatimah kedengaran..Malaikat maut datang meghampiri,Rasulullah saw bertanya,kenapa malaikat Jibril tidak datang bersamanya..Kemudian dipangillah malaikat Jibril yang sebelumnya sudah bersedia menyambut ruh kekasih ALLAH.."Jelaskan kepadaku wahai Jibril,apakah hakku nanti di hadapan ALLAH??"kata Rasulullah saw. malaikat Jibril menjawab "pintu2 langit telah terbuka,para malaikat telah menanti ruhmu,semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu ya Rasulullah..Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah saw berasa lega,matanya masih penuh kecemasan.."Engkau tidak senang mendengar khabar ini" kata malaikat Jibril..Bagaimana pula dengan nasib ummat ku nanti" kata Rasulullah saw.."Jangan kuatir ya Rasulullah aku pernah mendengar ALLAH berfirman kepadaku "Ku haramkan syurga bagi siapa sahaja kecuali ummat Muhammad telah pasti berada di dalamnya"kata Jibril.Detik2 semakin dekat saat malaikat Izrail melakukan tanggungjawabnya mencabut nyawa..Nampak betapa berpelunya Rasulullah,urat2 lehernya menegang.."Jibril,betapa sakitnya sakaratumaut ini.."perlahan Rasulullah saw mengaduh..Fatimah terpejam , Ali menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan mukanya.."Wahai Jibril, jijikkah kau melihatku sampaikan kau perpaling wajahmu??' kata Rasululah.."siapa yang sanggup melihat kekasih ALLAH menemui ajal" kata malaikat Jibril..Sebentar kemudian mendengar suara Rasulullah mengaduh kerana sakit yang tidak tertahan lagi " Ya ALLAH,dahsyatnya maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepada ku jangan pula kepada ummatku..Badan Rasulullah mulai dingin kaki dan dada tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan membisikkan sesuatu Ali mendekatkan telinganya ke mulut Rasulullah "uushiikumm bis-shalati wamma malakat aimannukumm (peliharalah solat dan peliharalah orang yang lemah diantaramu) kemudian Ali mendekatkan lagi telinganya Rasulullah menyebut." UMMATI ,UMMATI UMMATI......" (ummatku , ummatku ummatku!!!!)Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberikan sinaran agama umat Islam..huhuhu

  Seriouslly I feel so sad apabila terknangkan kisah Rasulullah saw menemui ajalnya...huhuhu..bagaimana pula kita nanti untuk menempuhnya???? Kini mampukah kita mencintai Rasulullah sepertimana Rasulullah mencintai kita...huhuhuhu...Betapa cintanya Rasulullah saw kepada kita sehinggakan saat2 baginda menemui ajalnya tiada benda lain yang di risaunya..Baginda hanya menyebut ummatku,ummatku ummatku....huhuhu..Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..

Kesimpulannya :


Usah risau apabila dibenci manusia kerana masih bnyak lagi yang menyayangimu di dunia..tapi gelisahlah apabila dibenci oleh ALLAH swt kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat kelak.masyarakat kita kini apabila ditanya mengenai artis dan dunia hiburan serba serbi tau dan apabila di tanya berkaitan dengan Islam belum tentu tahu ke tidak...jadilah seorang Islam bukan sekadar nama atau IC menunjukkan Islam..renung2kanlah..insyaALLAH.....

p/s : renung2kan lirik lagu ni k....huhuhuhuhu......lagu inilah yang menyentak aku dari lamunan nikmat  dunia....Ya ALLAH peliharalah aku dan seluruh kaum saudara ku dari nikmat hidup di dunia..jadikan lah kami sebahagian dari orang2 yang soleh/solehah....amin ya rabbal alamin..

Isnin, 5 Disember 2011

Fadhilat Puasa Asyura....

Salam ukhwah salam hijrah.....

  Kita masih dalam suasana bulan Hijrah iaitu bulan Muharram..Esok merupakan 10 Muharram iaitu hari yang dinamakan hari Assyura....Pada hari itu , Rasulullah saw menggalakkan umat Islam agar berpuasa sunat kerana fadhilatnya yang begitu besar dengan terhapusnya dosa-dosa bagi tahun yang sebelumnya..

      Dari Abu Qatadah al-Ansari RA katanya : " Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari Asyura (10 Muharram ) . Jawab Baginda, "Semoga dapat menghapuskan doasa tahun yang lalu "


    Jika seseorang yang hendak berpuasa sunat pada hari tersebut sebaik-baiknya didahului dengan berpuasa pada hari ke-9 daripada bulan Muharram terlebih dahulu bagi membezakan dengan amalan berpuasa orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja. Kita juga dibolehkan berpuasa pada hari ke-11 dalam bulan Muharram. Ia terpulang kepada kemampuan seseorang untuk berpuasa pada hari2 tersebut. Pada hari Asyura juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan doa kepada ALLAH swt kerana doa orang yang berpuasa insyaALLAH akan dimakbulkan oleh-Nya...

   ALLAH telah menetapkan sesetengah bulan itu , memiliki keutamaan lebih berbanding bulan2 lain termasuklah bulan Muharram yang merupakan bulan pertama dalam kalender Hijrah . Tanggal 10 Muharram dianggap sebagai hari bersejarah dan istemewa bagi umat Islam kerana tarikh itu mencatatkan beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua..InsyaALLAH...
Antaranya peristiwa tersebut ialah :-

  • peristiwa terbunuhnya Sayyidina Hussain RA di Karbala
  • Terselamatnya Nabi Musa AS dan pengikunya daripada tentera Fir'aun dengan tengelamnya Fir'aun dalam dasar  lautan.
  • dikeluarkan Nabi Yunus AS dari perut ikan nun
  • terselamatnya Nabi Ibrahim AS daripada api Raja Namrud
  • mendaratnya kapal Nabi Nuh AS di atas Bukit Judi serta banyak peristiwa2 lain.
    Masyarakat Melayu hari ini masih mengamalkan budaya gotong-royong memasak bubur asyura apabila tibanya hari Asyura. Walaupun amalan ini tidak diamalkan pada zaman Rasulullah saw  ,tetapi amalan ini  elok dilakukan bagi mengeratkan semangat muhibbah dan silaturrahin di kalangan masyarakat. Di samping itu mereka juga dapat menjamu selera pada hari yang penuh bermakna itu.

  Kesimpulanya :
Mudah2an dengan mengamalkan puasa Asyura ditambah pula dengan melakukan amalan2 kebaikan dan mengambil pengajaran daripada peristiwa2 yang berlaku pada bulan Muharram akan dapat menambah keimanan dan ketaqwaan kita kepada ALLAH swt...amin...insyaALLAH.....

p/s:selamat beramal.....sama2lah kita mencari redha ALLAH....

Khamis, 24 November 2011

Makna HijRah..

Salam ukhwah....=)

   Ahad ni semua umat Islam akan menyambut kedatangan 1 Muharram 1433 H..menandakan 1 lembaran baru bagi kalendar Islam..
Dalam Al-Quran , Allah swt berfirman :
"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjuang di jalan ALLAH dengan harta dan dirinya lebih tinggi darjatnya di sisi ALLAH. Mereka itulah orang-orang yang menang.Tuhan mereka memberi khabar gembira bagi mereka dengan rahmat dan keredhaan-Nya serta syurga untuk mereka di dalamnya nikmat yang tetap (abadi). Sedang mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi ALLAH pahala yang besar."
   
      Merujuk dalam bahasa Arab perkataan "Hijrah" bermakna bergerak meninggalkan satu tempat ke satu tempat yang lain dalam usaha mencari pembaharuan yang menjurus kepada yang lebih baik.. Di riwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud daripada Abdullah bin Hubsyi : Rasulullah saw bersabda bermaksud " Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa2 yang dilarang oleh ALLAH swt"


   Sudahkah anda bersedia untuk berhijrah ke arah yang lebih baik??..Jika dulu anda seorang yang selalu tinggalkan solat dan lalai maka masih ada waktu untuk kita berubah..Jika dulu anda adalah seorang yang malas maka ubahlah untuk menjadi seorang yang rajin..Jika dulu anda seorang yang riak , sombong dll maka berubahkah kepada seorang yang peramah dan baik budi pekertinya..Jika dulu anda seorang yang berpakaian menjolok mata maka berubahlah untuk berpakaian  seperti seorang muslimah..Carilah masa , ruang dan peluang untuk kita berubah kepada yang lebih baik..
      Dalam Al-Quran , ALLAH swt berfirman : "Bagi manusia  ada (malaikat) yang berganti-ganti mengintipnya di hadapan dan di belakangnya , mereka itu menjaganya atas perintah ALLAH. Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH meghendaki kejahatan pada suatu kamu maka tiada yang dapat menolaknya dan tiada bagi mereka wali , selain daripada-Nya."(surah Ar-Rad ayat 11)..
 
      Di dalam ayat ini jelas bahawa ALLAH swt tidak akan mengubah nasib suatu kaum jika kaum tersebut tidak mengubah budi pekertinya. Sebagai contoh seorang yang malas umpamanya hidupnya dalam kemiskinan atau kesusasahan.Nasib itu tidak akan di ubah oleh ALLAH jika mereka tidak membuang sifat malas itu terlebih dahulu. Sebab itu janganlah seseorang meminta kepada ALLAH swt : KAYAKAN SAYA!!!!! Sedangkan dia tidak berusaha. Kerana langit tidak akan menghujankan emas dan perak.. Tepuk dada tanya iman....

   Kesimpulannya
Hijrah turut mengajar kita bagaimana untuk memusahabahkan diri dan menilai diri dari hati dan jiwa serta usaha untuk memiliki sifat mahmudah (terpuji) seperti ikhlas , redha , sabar , amanah dab berperibadi mulia.Pada masa yang sama meghindari sifat mazmumah (keji) seperti sombong , riak , dengki , dan kikir untuk tidak kita amalkan dalam kehidupan..insyaALLAH..


p/s : dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut awal muharram..sama2lah kita berubah kepada yang lebih baik..hehehehe....amin..

Rabu, 23 November 2011

Kuliah Hati..

 Salam..
Kuliah Hati is not Kuliah cinta k yg di lakonkan oleh Erra dan Yusri..hihihihi..Apa yg kita faham berkaitan dengan Hati??..Bnyak simpulan bahasa yang di kaitan dengan hati.. Hati batu , Buah hati , Jantung Hati , Cinta Hati , cendera hati , saguh hati , mata hati ,jatuh hati , sakit hati, dan sebagainya..But I want to share is bout Kuliah Hati..
  Aku teringat satu ungkapan yang pernah aku baca dalam buku hasil karya Ustaz Norudin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Cahaya yang berbunyi
   "Dalam menjalani kehidupan di dunia ini,kita perlu memandu hati dengan akal manakala iman dengan ilmu. Hati yang baik pula akan memandu diri kita ke arah kebaikan"
 Memang btul tu..bak kata upin dan ipin BETUL..BETUL..BETUL..hihihi Jadilah pemandu hati yang bijak..^_^..Segala kemaksiatan dan jenayah yang berlaku rata-ratanya berpunca dari permasalahan hati.Hati yang rosak dan hitam mana mungkin dapat merasai lagi segala dosa yang di lakukan. Sensitiviti yang ada pada hati sedikit hilang dek kebiasaan dosa.

    Hati ibaratkan sebuah cermin.Cermin yang bersih dan bersinar , jika kita lihat kedalamnya,tiba-tiba pula terdapat jerawat baru di wajah kita , kita pasti nampak kan..dan hendak picit jerawat tersebut atau letakkan T3..^_^
      Taaaappppppiiiiii.......... Jika cermin itu kotor dan berhabuk , kita lihatlah kedalam nya ada jerawat 5 biji yang baru naik pun susah untuk kita lihat dengan jelas.. Jadi payahlah kita untuk mengesan kekotoran yang terdapat di wajah kita kan...

  Begitulah jua dalam konsep Hati.. Apabila hati menjadi kotor dosa menjadi biasa dan maksiat pun berleluasa..huhuhu...Subhanallah minzaliqq.. Semuanya gara2 sekeping hati yang sudah bertukar wajah..Hitam kelam ,sekelam masa depan yang semangkin tengelam..Masyarakat yang kucar-kacir ,pemimpin yang yang pecah amanah ,pelajar yang memberotak , kes bunuh diri dan sebagainya..Semua itu berpunca daripada satu perkara iaitu HATI 
     Kerana terdapat dalam satu hadith :
    " Dalam setiap badan manusia itu ada seketul daging , jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya , jika buruk daging itu mka buruklah keseluruhannya..daging tersebut adalah HATI"

 Kesimpulannya :
 Bersihkanlah hati kita dengan selalu menyebut nama ALLAH dan memuji kebesaran ALLAH swt..Dosa adalah ibarat racun yang memakan diri manakalah hati pula adalah salah satu perkata yang amat sukar untuk dijaga.
  Tsabit bin Qurah ada menyatakan : "kerehatan badan adalah dengan kurangkan makan , kerehatan jiwa adalah dengan elakkan melakukan dosa dan kerehatan lidah adalah dengan kurangkan bercakap "
Berilah setiap kerehatan itu kepada diri , moga kelak hati suci kembali. Jika lalai ubatnya adalah dengan menyedari tugas yang ALLAH beri. Maka ubatlah hati yang penuh dosa dengan bersegera bertaubat kepada ALLAH swt.. ALLAH Maha Pemurah..



  p/s : Bersihkan hati bersihkan diri. Mari sama2 kita menjadi sumber manusia yang berharga untuk Islam..

Wallahu ' alam..

Ahad, 20 November 2011

Saat diri di uji....

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia...hihihi...( versi skema mood )

    Lama nya tak menguras my blog..hihi..Alhamdulillah cuti sekolah telah pun dah bermula..tp untuk pelajar SPM dan STPM tengah berjuang untuk menjawab kertas ujian mereka..apa2 pun wish u all good luck k..hihihi.."ingat setiap apa yang telah kita usaha selama ini insyaALLAH akan membuahkan hasil hanya dengan izin ALLAH" amin..kepada student aku yg dah dpt keputusan UPSR tu tahniah di atas kejayaan kamu semua..dan tak lupa jugak kat adik2  atau kengkawan yang tengah tunggu result PMR tu hopefully dpt keputusan gempak yg selalu diharapkan k....hihihi..dalam cuti sekolah ni plak ramai yang mengambil kesempatan untuk mendirikan masjid..alhamdulillah..tahniah..
    "SAAT DIRI DI UJI" nice topic..hihihih..setiap org mesti akan mengalami masalah masing2..setiap ujian yang kita lalui pasti ada hikmah di sebaliknya..insyaALLAH..macam2 yang aku lalui selepas semestar kedua ni..huhuhuh..alhamdulillah aku masih bertahan kerana terdpt family aku yang sentiasa menyokongku dari belakang..=) thanks mak, ayah , azizul , azizi n adib azizan..(3 of my hero) hihi



Kadang bnyak persoalan yang terlintas di akal fikiran ku..
>> mengapa kita di uji??
>> mengapa kita tak di berikan apa yang kita ingin kan??
>> bila nak kawen , kenapa lambat ,dah berpunya ke belum , siapa dan bila???? ( huhuhuhu persoalan ni lah yang selalu org akan ajukan...huhuhu)

    Walauapa pun aku gembira melihat kawan2 yang bahagia dalam rumah tangga mereka dan aku bila pula?? Ada yang dah kawen , bertunang seperti gambar2 yang selalu mereka postkan di laman muka buku (FB)..hhhuuurrm besnya merekaa..aku bila pulak akan mengikut jejak langkah mereka...huhu

   JAWAPAN DI SETIAP PERSOALAN AKU..
  (memotivasikan dan memusabahkan diri)
<< memang ALLAH nak uji hamba-Nya supaya kita dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaQwaan kita kepada-Nya..
<< memang ALLAH tak bagi apa yang kita inginkan sebab dalam surah al-Baqarah ayat 216 ada menyatakan..
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH mengetahuai sedangkan kamu tidak mengetahui"
" May b I received noting I wanted..
    But I received everything I needed..." (like this word) hihihihi ayat yang membina..^_^
<<  : bila nak kawen?? kenapa lambat??
     ....:: kerana ALLAH tahu masa yang terbaik untuk aku..
       : dah berpunya??
     ....:: Ya,kerana setiap orang telah di tetapkan jodoh masing2..
       : siapa??
     ....:: nanti ALLAH akan perkenalkan kepada aku..
       : bila??
     .....:: bila kami dah di pertemukan..InsyaALLAH jemput datang ke walimatul urusku nanti..

** ingat!! Jangan terlalu sibuk bertanya bila orang tu nak kawen kerana RAHSIA itu terletak di tanggan ALLAH.Sampai masa ALLAH swt akan membongkarnya jua..InsyaALLAH..**

 Aku bertuah kerana aku telah dipilih oleh ALLAH untuk di uji bagi aku lebih meningkatkan amal ibadah aku terhadap-Nya dan terus meneruskan dakwah Rasulullah saw.Aku teringat satu ungkapan yang dipetik dari salah seorang ustazah dalam rancangan ustazah pilihan yang selalu di tayangkan di astro oasis " seorang wanita yang baik hanya layak untuk lelaki yang baik dan tak perlu kita mencari yang soleh kalau diri tidak solehah " ** maka kesimpulannya jadilah seorang wanita yang solehah insyaALLAH suami yang soleh akan datang dgn sendiri menemui zaujatinya..insyaALLAH.. Aku yakin ALLAH swt telah mengaturkan yang terbaik dari kalangan yang terbaik untuk ku bagi aku memantapkan iman dan taQwaku kepada-Nya..amin..
>> Allahumma saa'khirli zaujan solihan yakhtibuni wayatazaumajubi wayakunu sahibanli fiddunya wal jannah << ......amin ya rabbal alamin....
p/s : hanya untuk perkongisan..keep it smile..^_^

Rabu, 21 September 2011

Tasbih vs Duit

Assalamualaikum dan salam syaawal....

    Tak lama lagi bulan syaawal akan meninggalkan kita..di harap semua pembaca blogger dah melunaskan puasa enam syawal dan puasa ganti..heheh..raya..raya jugak puasa 6 jagan lupa ekrr....serentak dengan bulan syawal malaysia menyambut hari kemerdekaan dan hari malaysia..so apa lagi ramai laa orang kenamaan yang mempunyai duit lebih buat laa open house..merdeka raya..huhuhu..asalkan jangan membazir sudah...hehehhe..tp xpa kita orang plak yg knyang..hihihihih....alhamdulillah...tapi tu bukan lah topik yang ingin saya kongsikan pada hari ini..
     Sebelum hari raya menjelang aku telah berjanji dengan semua anak didik untuk memberikan sesuatu hadian untuk mereka jika mereka dapat menamatkan puasa..Alhamdulillah ada terdapat sebilangan diaorg dapat tamat puasa tahun ini...hihi..Hadiah yang aku berikan adalah cuma TASBIH..walaupun ianya tak seberapa tapi ianya menjadi bekalan untuk kamu semua pada masa akan datang..nasihatku kepada mereka..Tika masa rehat rakan sama mengajar pergi menjengguk kelasku..



Ustazah A : Kelas kau brapa orang pelajar yang tamat puasa??
Aku : bleh laa tapi xsemua..
Ustazah A : Kau telah berikan hadiah apa untuk mereka yang tamat puasa??
Aku : Saya cuba berikan tasbih untuk mereka berzikir dan bertasbih kepada ALLAH swt.
Ustazah A : Hurmmm aku berikan mereka wang..(RM10)
Aku : hanya tersenyum..^_^

  Tika tu ada terdapat anak murid ku di kelas..ntah apa yang diaorang fikirkan..adakah diaorg menyesal kerana aku xberikan diaorang duit sepertimana kelas2 yang lain..Selepas Ustazah tu beredar aku menerangkan kepada mereka..."memang Ustazah tak bagi kamu semua duit..Ustazah hanya mampu bagi kamu TASBIH.Duit jika kamu belanjakan,duit kamu akan habis dengan sia2 jee tapi jika tasbih kamu belanjakan dalam amalan kamu insyaALLAH kamu akan memperoleh pahala yang melimpah2 di akhirt kelak"memang sengaja Ustazah berikan kamu tasbih...supaya kamu semua anak didik ustazah akan sentiasa berzikir kepada-Nya..Hanya itu bekalan kita di hari kelak..


Kesimpulannya : Jangankan kerana DUIT kita jadi buta dunia..Ingatlah dengan duit juga bleh menyebabkan negara Islam kucar-kacir,ditindas,difitnah dan sebagainya...semuanya kerana duit....ummah pun akan runtuh jika duit menjadi ukuran....renung2kan lah...huhuhuhu...selamat beramal

p/s : sekadar perkongsian..tiada berkaitan pada yang hidup atau yang mati...hihihihihi.....maaf jika terdapat salah kata atau terkasar bahasa...hihihi

Ahad, 28 Ogos 2011

mencari Nur Ramadhan

Assalamualaikummm dan salam Ramadhan....

  Alhamdulillah kita telah pon sampai ke fasa terakhir Ramadhan pada tahun ini.Iaitu fasa yang mana ALLAH swt telah menjanjikan api neraka akan di jauh2kan bagi setiap mukmin yang beriman dan menghidupkan sinar Ramadhan di bulan penuh berkah ini..Untuk membangkitkan semangat memeriahkan di 10 Ramadhan terakhir ini marilah sama2 kita memusahabah diri..Renung2kan dan fikir2kan kembali sedalam2nya apa yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini..Adakan cukup untuk bekalan kita???? atau persiapan raya lebih lengkap????
 
   Bila difikirkan dan dikaji sesampainya kita pada penghujung Ramadhan ni ramai para jemaah akan meninggalkan masjid,maksudnya di sini ahli jemaah semakin berkurangan..hurmmm sepatutnya di 10 malam terakhirlah kita berlumba2 untuk mengejar dan mencari "NUR RAMADHAN".Akan tetapi ini yang berlaku kpd masyarakat kita bukannya nak berlumba2 mngejar amalan di bulan Ramadhan malah berlumba2 untuk menunjuk2 dengan melakukan persiapan menjelang Hari Raya..Subhanallahh !!!!!

   Cuba kita berfikir sejenak tiada bil yang ALLAH swt kenakan kepada kita di atas segala nikmat yang telah di kurniakan di dunia ini..Salahkan kita untuk mengabdikan diri pada-Nya..Kenapa hendak berlumba2 mengejar kemewahan dunia.???? Seperti kita sedia maklum setiap hujung bulan kita akan di timbun2kan dengan bayaran bil.Bil air,bil elektrik,bil kereta,bil telefon dan sebagainya..Kenapa kita perlu bayar???? sebab kita dah mengunakan sumber atau  perkhidmatan dari pihak tertentu..

   Sedarkah kita 1 perkhidmatan yang kita gunakan secara percuma iaitu tanpa bayaran satu sen pun kepada pembekal iaitu nikmat dari ALLAH swt.Semuanya percuma tetapi kita manusia ni jarang untuk bersyukur..Dalam firman ALLAH swt :-
          "Dan sekiranya engkau menghitung nikmat2 ALLAH swt,(pasti) ianya takkan dapat terhitung" (brahim 34)

     Sekiranya ALLAH mengenakan bil di atas setiap perkhidmatan-Nya di muka bumi ini adakah kita mampu untuk membayarnya?? hatta jutawan sekali pun xkan mampu untuk membayarnya..Sebagai contoh pernafasan..Jika ALLAH mengenakan cukai atau bayaran di atas setiap udara yang kita sedut setiap hari di muka bumi ini rm1.00 tak pun 10sen. Dalam satu minit berapa kali kita bernafas?? satu jam?? satu hari?? satu bulan?? satu tahun?? selama hayat kita?? mengikut kajian manusia akan bernafas 18-30 ribu kali sehari..Ini baru nikmat ALLAH pernafasan.Andai nikmat2 yang lain juga di bayar dengan kadar yang sama,adakah kita mampu untuk membayarnya????
      Firman ALLAH swt :-
                "Kemudian Dia menyempurnakan dan menghidupkan roh(ciptaan-Nya) dan Dia menjadikan kamu pendengar,penglihatan dan hati (tetapi) kamu sedikit sekali pun bersyukur." (as-sajdah :9)

      Bayangkan jika setiap bil tak mampu untuk kita bayar seperti prosedur2 bil2 air dan elektrik akan di kenakan amaran dan pemotongan..Jika ALLAH melakukan dengan sedemikian rupa.. Subhanallah!!!! tak terhitung banyaknya tunggakkan bil tersebut..Taatlah pada perintah-Nya dan tinggallah segala larangan-Nya itu sudah sebahagian dari kita mensyukuri nikmat ALLAH jika di tambah dengan amalan2 solat,solat2 sunnat,berzikir memuji nama-Nya,bersedekah,mengejar akhirat dan sebagainya akan memantapkan iman kita.InsyaALLAH..Paling mudah ucaplah ALHAMDULILLAH itu pun memadai kita mengucapkan syukur kepada-Nya.

        Maka lengkapkanlah amalan kita yang tertinggal dan tampunglah ia dengan mengejar di malam terakhir Ramadhan dengan perbanyakkan amalan kita..

akhirat itu benar....
syurga itu penar....
neraka itu benar...
sesungguhnya janji ALLAH itu pasti..
   
   marilah kita sama2 mengambil peluang di 10 ramadhan terakhir ini perbanyakkan amalan dan moga kita dan seluruh kaum keluarga kita mendapat redha ALLAH dan dijauh2kan dari api neraka...amin..

wassalam.......

p/s : sekadar ingatan kepada semua sekiranya ada salah dan silap harap dimaafkan....Salam akhir ramadhan dan Selamat Hari Raya kepada semua....

Rabu, 24 Ogos 2011

my student @ ramadhan

Assalamualaikumm....

xlama lagi dah stat cuti raya....my student xcited sngat dah nak raya termasuklah ustazahnyaa ni..hihihi....

lesson plan 4 yesterday is...."tulisan khat"

 fuuhhhh bukan main xcited nyaa diaorg bla aku suruh buat tulisan khat..so arahannya adalah menulis nama masing2 kat kertas yang telah aku sediakan dengan mngunakan tulisan khat....punyelah suka nye diaorg siap suruh aku tlg tajamkan pensil khat lagi....kalo zaman aku blaja dlu kitaorg buat tulisan khat ni guna dakwat n anak rotan yg kecik tu..karang ni susah nak dapatkan benda tu lagi..huhuhu...almaklumlah dah moden....

ni lah aktiviti diaorg sepanjang class di mulakan....










ni aktiviti diaorg time rehat sepanjang ramadhan ni....
** aku xbagi diaorg main kat luar coz panas t xpasal2 pecah plak puasa.....




haaaa ni lah hasil karyaaa mereka....^_^






 p/s : hanya sekar untuk perkongsian....salam ramdahan....^_^

Khamis, 18 Ogos 2011

Ujian hidup by Imam muda

huuu.....0oooooo........

Ketika hidup ku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepadanya akan ku pergi
untuk mencari bimbingan....

   Ku serah takdir di tangan-Nya
   Mengukir perjalanan
   Walau ujian hidup melanda
   Ku tabah menerima kerana....

** Walau pun tak dikurniakan kemasyuran
      Walau pun tak dilimpah kemewahan
      Hatiku tetap memuji nama-Mu selalu ya Rabbi...


   Walau pun tak diberi kemakmuran 
   Akan ku memanjangkan kesabaran
   Ku tetap syukur pada Ilahi kerana mengurniakan nyawa ini..


  Dia di hati selalu
  memberikan ku petunjuk
  apabila pandangan samar
       Biarkan hidup digoda
       ujian dan pancaroba
       pasti ada hikmah di akhirnya..


** hidup umpama roda....Ujian hidup adalah tarbiyyah dari ALLAH swt.....

Rabu, 10 Ogos 2011

bertudung zaman sekarang

Bismillahhirrahmanirrahimmm.....


Assalamualaikum.....

   Fuhhh manisnya Ramadhan bagi sesiapa yang beramal di dalam nyaa....Diam tak diam dah 10 Ramadhan berlalu....masyaALLAH cepatnya masa berlalu....jom kita sama2 tingkatkan amalan di bulan yg mulia ini..mana tau kita di kurniakan malam lailatuQadar....subhanallah..amin..insyaALLAH.....

   Dalam kelas hari ini aku mengajar topik yang amat menarik iaitu "adab berpakaian"..Soalan pertama yang aku ajukan kepada anak didik ku adalah bahagian aurat lelaki dan perempuan..Hampir semua daripada mereka menjawab dengan betul.Iaitu aurat lelaki dari pusat hingga lutut manakala aurat perempuan semua bahagian kecuali tapak tangan dan muka..Terkilan dengan umur yang sedemikian mereka dah tahu bahagian2 aurat kaum adam dan hawa jika dibandingkan dengan org dewasa..Terdapat hadis meriwayatkan :
 Golongan yang mudah untuk masuk syurga adalah kaum wanita..,akan tetapi ramai penghuni neraka adalah wanita....persoalannya kenapa???????
 Hal ini kerana wanita yang tidak dapat menjaga aurat..Dalam firman ALLAH swt :

Wahai anaka2 adam! Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu (bahan2 untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taQwa.itulah yang sebaik2nya.yang demikian itu adalah dari tanda2(limpah kurnia) ALLAH (dan rahmat-Nya kepada hamba2-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur) (surah Al-A'araf :26)

Hari ini  lepas balik dari kerja,aku dan adik2 pergi ke bazar Ramadhan..Di situ ramai org berpusu2 untuk membeli barang makanan untuk juadah berbuka..Akan tetapi sambil aku melihat aneka jenis juadah aku terlihat seorang wanita yang bertudung fesyen ala zaman sekarang memakai t-shirt pendek jarang mengikut body dan memakai seluar legging...subhanallah....Berfesyen tak salah tapi biarlah berpada2..Biarlah masih dalam cara pemakaian dalam islam.. jangankan bertudung tapi pakaian masih ketat2..jangankan bertudung tapi akhlak masih kosong..hurmmmmmm tak guna hidup dalam kepura2an.. 

Muslimah kena faham apa yang di maksudkan dengan bertudung dan menutup aurat..bukan bertudung untuk santapan  kaum lelaki tapi bertudung untuk diri sendiri dan takut akan azab ALLAH swt....bertudung bukan untuk menunjuk2 yang diri seorang muslim tetapi hampehhhh bila berpakaian sebegitu......nak saja aku pergi menegur wanita tersebut walaupun dia lebih berusia dariku....hurmmmm....

So please mind to use the hijab.It is the special gift from ALLAH to all muslimah. Also  it's special order. None of any kind of creature in this universe is created so beautifully  that they have to hide  their beauty with hijabs..Only women.

p/s :If you ever see a muslimah use the hijab is doing the bad stuff,remember that the one to blame is the women its not the hijab..

Ahad, 31 Julai 2011

Terapi RaMaDHaN.....

Assalamualaikumm.....

  Hari ini merupakan 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 H. Bermakna hari ni bermulah semua umat Islam melaksanakan Rukun Islam yang ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan sejajar dengan tuntutan syariat di mana bulan yang penuh keberkatan..Bulan yang dalamnya terbuka semua pintu2 syurga dan tertutup pintu neraka..Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan iaitu di awalnya terdapat Rahmah ditengahnya merupakan Maghfirah dan di hujungnya adalah janji ALLAH s.w.t bagi mereka yang beriman dan ikhlas yakni akan dibebaskan dari api neraka...amin....
   
        Sabda Rasulullah SAW bermaksud :
    "Sungguh telah datang padamu bulan yang penuh berkat, dimana ALLAH mewajibkan kamu berpuasa pada bulan Ramadhan saat pintu2 syurga dibuka ,ditutup pintu neraka dan di belengggu syaitan2.Dan dimana dijumpai  suatu malam yang dinilai lebih berharga daripada seribu bulan, maka barang siapa yang tidak berhasil  beroleh kebaikan sungguh tidak akan mendapatkannya buat selama-lamanya." ( Hadith Riwayat Ahmad , Nasa'i dan Baihaqi) 

   Berbalik kepada topik yang ingin saya kongsikan di sini adalah "Terapi Ramadhan". Bukan rambut saja ada terapi ea....hihihihih..Ramadhan pon ada terapi..Terapi Ramadhan ialah menyucikan hati dan meningkatkan rohani kepada yang lebih baik dan bersih...insyaALLAH.. Saya menamakan produk ini sebagai Terapi Ramadhan kerana isi kandungannya merupakan panduan yang boleh dijadikan tiket untuk kita menempah Syurga yang telah dijanjikan kedapa sesiapa yang berpuasa dan menjaga amal ibadahnya.Amalan2 yang ikhlas merupakan jaminan untuk kita menuju ke syurga ALLAH. insyaALLAH..amin..Inilah yang dikatakan realiti kehidupan... Kita harus berdoa agar amalan kita di bulan Ramadhan ini agar di terima ALLAH swt...amin..

       Semoga terapi Ramadhan ini dapat membantu kita untuk mengharungi lautan keberkatan dan rahmah ALLAH swt di bulan Ramadhan ini..insyaALLAH......

      was'Salam....

Sabtu, 30 Julai 2011

Amalan Gotong Royong

Salam akhir Sya'aban.....

  Rasanya tak lama lagi kita akan menyambut bulan yang amat di nantikan oleh semua umat Islam iaitu bulan Ramadhan..Hari ni dah 30hb Julai bersamaan 29 Sya'aban 1432 H. Esok kita umat Islam akan menantikan penyumuman tarikh bermulanya puasa.. Semua Jabatan Agama Islam akan di tugaskan untuk melihat anak bulan di bahagian tempat masing2 bagi penetapan tarikh bermulanya puasa.. InsyaALLAH.....

    Hurmmm..that not the main topic me today.hihihihi. Topik yang ingin saya kongsikan di sini ialah "amalan gotong royong".. Sejak2 seminggu ni ramai orang kampung sibuk membuat gotong royong membersihkan kawasan rumah , kawasan tanah perkuburan dan kawasan masjid dan surau.. macam ni lah suasana hidup kita perkampung.. Sungguh meriah ^_^..

    Hari ni aktiviti gotong royong di kampung saya ada mengadakan majlis kenduri arwah di surau.. Tertarik sangat kesungguhan orang kampung bersama-sama menjayakan majlis ni.. Masing-masing bantu membantu antara satu sama lain.. bermula dari semalam dah mereka bertungkus lumus membanting tulang menyiapkan persiapan termasuklah mak dan ayah turut membantu.. Tak cukup dengan membantu dari segi tenaga mereka juga mengeluarkan wang sendiri untuk di sumbangkan bagi menampung keperluaan majlis tersebut.. Tak kisah sebanyak mana pun wang itu di sumbangkan asalkan ikhlas dalam erti kata lain tidak menunjuk2.. Amalan yang ikhlas ni lah yang akan menjadi bekalan kita di hari akhirat kelak.. insyaALLAH....

  Perkara yang saya sungguh kagum pabila orang kampung memasak menggunakan cara lama iaitu memasak menggunakan kayu api.. Fuhhhhh memasak menggunakan kayu api bukan nya kerja mudah kerana ianya memerlukan kesabaran.. Tiba-tiba kayu api yang mereka nyalakan tadi untuk memasak daging terpadam , apa lagi 2 3 orang mak cik ni berusaha untuk menyalakan semula kayu api tersebut. Akan tetapi tidak berjaya..Datang lah seorang pak cik (yang tak perlu saya sebutkan nama) dia berusaha untuk meniup dan mengipas kayu api tersebut supaya menyala.. Setelah itu api tersebut pun menyala dengan bantuan pak cik tersebut akan tetapi muka pakcik tersebut habis hitam semata-mata hendak menyalakan api...hihihihihihhih....semua orang di situ geli hati melihat kejadian tersebut..:)..sori ea pak cik saya tak sengaja nak ketawa dengan gelagat dan riaksi pak cik td.. nasib baik terkna pada pak cik yang spoting....hahahahah

  Meriahnya suasana gotong-royong ni..banyak yang dapat kita perolehi antaranya kita dapat mengenali dan mengetahui cara hidup berjiran dan saling bantu membantu antara satu sama lain..Semoga amalan gotong royong ini juga dapat kita semai di kalangan remaja agar mereka tahu hidup berjiran dan saling bantu menbantu sesama muslim.. amin....

    Was'salam.....

Selasa, 19 Julai 2011

Renungan

Assalamualaikum....

Bissmillahirrahmanirrahim....

   Tertarik saya untuk menulis blog di ruangan masa ini kerana ramai rakan2 menunjukkan luahan rasa kecewanya di ruangan sosial iaitu facebook(FB)....Ingatlah wahai sahabat cinta yang hakiki datangnya dari ALLAH swt..cinta manusia adalah palsu dan pinjaman semata2....

** Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan anda , supaya anda dapat menjadi penilai yang baik.

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tak sama fikirannya dengan anda supaya anda sedar bahawa kita hanyalah mahluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak memahami keadaan diri anda supaya anda dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri anda.

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tak sempurna supaya anda sedar bahawa ALLAH maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingati anda bahawa dia bukanlah pilihan yang tepat dan hebat untuk anda dan kehidupan anda pada masa hadapan.

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang sangat lain perangainya dengan anda supaya anda dapat mengutip pengalaman yang tak suma orang berpeluang mengalaminya..

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak runggutan itu dan ini supaya anda menjadi seorang mukmin yang hebat jiwanya.

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tak penyayang supaya anda lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama ALLAH swt

** Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri supaya anda lebih mengenali kehidupan yang tidak kekal selama2nya.

** Wahai sahabat yang berduka , menderita , sengsara dan kecewa kerana cinta dunia fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tidak pasti menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-Nya dengan meninggalkan larangan-Nya.
   "Amal ma'aruf nahi mungkar"

Percayalah sesungguhnya ALLAH akan mendengar segala permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh harapan hanya kepada-Nya.Sabarlah sahabat....Ceriakan hatimu kerana ALLAH sentiasa ada bersamamu selagi mana anda taat kepada-Nya....

  wa'allahualam.....

Wassalam.....^_^

Ahad, 17 Julai 2011

Kehebatan bulan Islam

Assalamualaikumm dan salam syaaban..

Sedar tak sedar kita dah menghampiri ramadhan....bulan yang amat di nantikan2 oleh suma umat islam..Bulan syaaban merupakan bulan kedua selepas bulan rejab yang penuh dengan keberkatan..


اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
" Allahumma BariQlanna fi rajabi wa syaaban wa ballighna ramadhan"


Maksudnya : " Ya ALLAH ya Tuhanku, anugerahkanlah keberkatan kepada kami di bulan rejab dan syaaban dan sampaikan kami ya ALLAH di bulan ramadhan" amin ya rabbal alamin....


Jika kita lihat 3 bulan yang penuh syafaat buat kita beramal kepada ALLAH adalah dalam 3 bulan yang penuh keistimewaaannya iiaitu bulan Rejab Syaaban dan Ramadhan..Di samping itu terdapat peristiwa2 yang terselit di dalam 3 bulan tersebut...Contonya bulan Rejab..berlakunya "peristiwa israQ dan mikraj" iaitu peristiwa di mana malaikat Jibril membawa Rasulullah saw dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa kemudian ke Sidratul muntaha dengan menunggang buraq..


Manakala pada bulan syaaban terdapatnya Nisfu Syaaban.Dari Abu Hurairah ra dari Nabi Muhammmad bersabda maksudnya "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."


Di bulan Ramadhan pula kita umat Islam diwajibkan untuk berpuasa menahan lapar dan mengeluarkan zakat bagi yang mampu..Kita di wajibkan berpuasa di siang hari dan menunaikan solat sunnat tarawih bukannya tarakueh..ek....hihihihi dan mencari "malam Lailatulqadar" hanya insan2 terpilih dan penuh amalnya akan menjumpai malam tersebut..Ya ALLAH pertemukanlah aku dan saudara2 islamku di malam  lailatulqadar pada tahun ini....amin....

    " Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan untuk kita meminta keampunan daripada ALLAH swt , Bulan Syaaban adalah kesempatan kita untuk memperbaiki diri dan bulan Ramadhan adalah bualan untuk kita menerangkan hati dan jiwa"(bertawadduq kepada ALLAH swt)

                                                     
                          **** SeLaMaT BeRaMaL ****

Ahad, 3 Julai 2011

Bismillahirrahmanirrahim......
Assalamualaikum dan salam sya'aban.....

hurmmm....lamanya tak menulis apa2 kat blog ni da sejak sesi persekolahan penggal kedua bermula....start je sesi persekolahan pnggal ke2 macam2 aktivi kat skolah..memang padat..hurmm terpaksa curi2 masa nak buat kelas KAFA coz stiap hari isnin mesti ada wat meeting....1st masuk skolah hari tu tertarik plak kat telatah sorg pelajar lelaki ni..dia snggup lari dari class n nggis2 coz xnak masuk kelas..so aku p lah pujuk...wlaupon aku ni xreti nak pujuk.hahahhahah.....hurmmm yg tu 1 hal......

1hal lagi....bla aku p trun kerja so melimpas lah kelas tahun 1 untuk pergi ke bilik guru..semua ucap selamat pagi..di ceritakan adalah seorang budak ni..dia tnya.. ustazah ni orang kaya ke???? aku jawab....tak juga ustazah org biasa2 jee..nape..???? aku tanya blek..nape ustazah turun sekolah pkai baju cantik2..?? padahal aku turun skolah pkai baju kurung biasa je..hurmm..aku kata blek kat budak tu..kalau nak pkai cantek2 kena rajin-rajin blajar n jangan lawan cakap guru....hihhihihi...hurmm macam2 perangai laa budak2 ni..proaktif laa sangat....^_^

Dalam 3 mggu berturut2 ni aku n kengkawan kat skolah memang xda rehat untuk hari sabtu n ahad..hurmm....sabar berkhidmat utk negara..hihihihi..walaupon mulut bising tetap gak buat kerja bagi menjayakan aktiviti kat skolah..^_^.. macam tu lah "PL" ktaorg kat skolah...hahhahah..yg penting ikhlas....
mggu ni ada pelancaran program 1murid 1sukan...masa program tu plak untuk mencukupkan masa ada satu permintaan..guru2 kna lawan ngan ibu bapa bagi perlawanan bola jaring..huhu..alamak xkan perkara lepas berulang balek kot...ooo tidakk!!!!..*kalau taun lepas guru2 kna lawan ibu2 untuk perlawanan tarik tali n bola sepak...fuhhh abis ktaorg kna kerjakan oleh kaum2 ibu ni sempena sambutan hari guru..*balek umah abis sakit2.. tp alhamdulillah tm pertandingan tu plak ktaorg menang...hihihihi....kalo nak lawan tarek tali xnak laa coz suma guru2 kering2 blaka...hahahah.... pas tu gotong royong bagi menjayakan program motivasi tahun 6 dan pertandingan bola sepak 9 sebelah....8,9,dan 10 mggu ni program motivasi n mggu depan plak pertandingan bola sepak..almaklumlah nak menyempatkan waktu sebelum puasa....fuhhhhh....apa2 pon harap sumanya berjalan ngan lancar untuk ke2 program....amin.....

man jadda wajja daaa....insyaALLAH.....

Sabtu, 4 Jun 2011

Muhasabah Cinta

Assalamualaikumm..

Hari ni hujan turun membasahi bumi ditempatku.. Syukur alhamdulillah hujan adalah rahmat dari ALLAH swt..^_^..Idea untuk menulis blog pon melimpah2 tika hujan ni..hihihihi.....satu pelajaran yang aku pelajari hari ini ialah memusahabah diri..Astagfirullah selama ini aku mencari keredhaan ALLAH.Ingin berdakwah..Tapi apa yang telah aku lakukan???? Aku masih lakukan dosa.. dosa yang izhar"terang dan nyata". Aku masih bercinta.. Cinta yang belum sah menjadi milikku.. Subhanallah !!!!!
    Maaf inilah yang terbaik..!! Ku katakan kepada si "dia" sekiranya dia mengingkan ku menjadikan suri di hatinya dan ikhlas maka dia perlu mengatur masa depannya berbanding berpeselenteran tanpa hala tuju yang jelas.. Hubugan yang terjalin tanpa ada matlamat yang jelas bukanlah satu perhubungan yang bersungguh2 tetapi hanyalah hubugan yang terang2an berlandaskan nafsu semata2.

  Wahai kaum adam....
Jadilah pelidung kepada kaum hawa dengan tidak memandang kami..
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambah ilmu dengan amalmu.
 supaya suatu saat nanti dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati dan disegani..
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik2 akhlakmu..
 Jadilah pelindung kepada kami dengan mencotohi Rasulullah saw....
 Lelaki yang bijak sentiasa menjadi pelindung kepada wanita

Lelaki yang bijak takkan mengharapkan atau meminta yang belum menjadi miliknya
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan matanya..

Bagaimana untuk menjadi pelindung kepada kami..??adakah dengan selalu menghantar sms atau keluar besama ataupun dengan mengungkapkan kata2 sayang semata2.Silap2 dengan cara itu boleh menambah saham dosa kepada kaum hawa..Pelindungkah itu?? dengan cara itu boleh merosakkan kaum hawa dengan boleh menyebabkan gila bayang kerana sentiasa teringat2 si jejaka dan menjerumus ke arah maksiat..Pelindungkah itu ???????

  Mahu menjadi pelindung ???? Mintalah dan berdoalah kepada ALLAH swt. semoga ALLAH sentiasa melindungi dia org yang kita sayang. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya.Cukuplah dengan hanya berdoa kepada ALLAH untuk melindunginya dan agar ditetapkan jodoh bersamanya..Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang paling sempurna melainkan ALLAH swt..

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"! hihi =P
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.



P/S : Fikirkan dengan Akal dan renungkan dengan Hati.......

Jumaat, 3 Jun 2011

LoVe Is cInta

 Assalamualaikum....

    Kita bersua kembali dalam ruangan ini....hihihi....

       Rasa cinta adalah anugerah daripada ALLAH..Cinta boleh diberikan kepada banyak aspek  cinta kepada ALLAH cinta kepada mak dan ayah cinta kepada adik2 cinta kepada saudara cinta kepada sahabat.... tapi untuk mengungkapkan rasa cinta yang sebenar amat payah.Hanya untuk org tertentu sahaja.. anda pernah rasa jatuh cinta..????  mesti pernah kan....^_^ ..

     Tapi.... apa akan terjadi bila org yg anda cintai itu pergi....????   hati mula resah,sedih,kecewa,putus harapan dan sebagainya.... Siapa "dia" untuk kita bersedih?????..Layak kah "dia" untuk kita tanggisi???? sedangkan "dia" bergembira dengan kehidupannya dan berjaya memperbodohkan kaum hawa dengan cinta palsunya...bangkitlah!!!! jangan menunjukkan yang kita lemah....seperti sebuah ungkapan nyanyian kump hijjaz,tangan yang lembut boleh mengoncang dunia...... bukalah mata hati untuk merenung seketika.... Cinta sebenar adalah datang nya dari ALLAH.. ALLAH lah yang layak untuk kita berikan cinta.. kerana ALLAH maha mengetahui setiap yang berlaku....Ketahuilah bahawa Allah memberikan apa yang kita perlu dan bukan yang kita suka kerana mungkin saja sesuatu yang kita suka itu akan menjadi satu keburukan suatu hari nanti.
Pasangan kita moga terdiri daripada si dia yang 'melengkapkan' kekurangan yang ada pada diri masing-masing agar kita lebih mudah berjuang meraih cinta-Nya....
Menantikan kalimah cinta daripada insan yang dicinta... moga kita meraih cinta-Nya, amin.
 ada riwayat mengatakan
  Cinta pada bunga.. bunga akan layu..
  Cinta pada manusia.. manusia akan mati....
  Cinta pada ALLAH akan kekal abadi.......

     
  

Rabu, 1 Jun 2011

Ujian adalah tarbiyyah dari ALLAH swt

Bissmillahirrahmanirrahimm..
Assalamualaikum.....
  Kenapa kita diuji???? Tipulah jika seseorang itu tidak pernah ditimpa musibah atau masalah dalam hidupnya..Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
    Ingatkan setiap ujian ALLAH swt bukan bermakna ALLAH benci kepada kita akan tetapi ALLAH amat sayangkan kita..ALLAH memberi teguran kepada kita agar kita insaf dan tawadduq kepadaNya.Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
     Cuba kita berfikir sejenak....Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Jangan  tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita sendiri. Renung-renungkanlah..http://www.youtube.com/watch?v=bZ-Eili2IWI
insyaALLAH.....
Wassalam....