BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 5 Disember 2011

Fadhilat Puasa Asyura....

Salam ukhwah salam hijrah.....

  Kita masih dalam suasana bulan Hijrah iaitu bulan Muharram..Esok merupakan 10 Muharram iaitu hari yang dinamakan hari Assyura....Pada hari itu , Rasulullah saw menggalakkan umat Islam agar berpuasa sunat kerana fadhilatnya yang begitu besar dengan terhapusnya dosa-dosa bagi tahun yang sebelumnya..

      Dari Abu Qatadah al-Ansari RA katanya : " Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari Asyura (10 Muharram ) . Jawab Baginda, "Semoga dapat menghapuskan doasa tahun yang lalu "


    Jika seseorang yang hendak berpuasa sunat pada hari tersebut sebaik-baiknya didahului dengan berpuasa pada hari ke-9 daripada bulan Muharram terlebih dahulu bagi membezakan dengan amalan berpuasa orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja. Kita juga dibolehkan berpuasa pada hari ke-11 dalam bulan Muharram. Ia terpulang kepada kemampuan seseorang untuk berpuasa pada hari2 tersebut. Pada hari Asyura juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan doa kepada ALLAH swt kerana doa orang yang berpuasa insyaALLAH akan dimakbulkan oleh-Nya...

   ALLAH telah menetapkan sesetengah bulan itu , memiliki keutamaan lebih berbanding bulan2 lain termasuklah bulan Muharram yang merupakan bulan pertama dalam kalender Hijrah . Tanggal 10 Muharram dianggap sebagai hari bersejarah dan istemewa bagi umat Islam kerana tarikh itu mencatatkan beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua..InsyaALLAH...
Antaranya peristiwa tersebut ialah :-

  • peristiwa terbunuhnya Sayyidina Hussain RA di Karbala
  • Terselamatnya Nabi Musa AS dan pengikunya daripada tentera Fir'aun dengan tengelamnya Fir'aun dalam dasar  lautan.
  • dikeluarkan Nabi Yunus AS dari perut ikan nun
  • terselamatnya Nabi Ibrahim AS daripada api Raja Namrud
  • mendaratnya kapal Nabi Nuh AS di atas Bukit Judi serta banyak peristiwa2 lain.
    Masyarakat Melayu hari ini masih mengamalkan budaya gotong-royong memasak bubur asyura apabila tibanya hari Asyura. Walaupun amalan ini tidak diamalkan pada zaman Rasulullah saw  ,tetapi amalan ini  elok dilakukan bagi mengeratkan semangat muhibbah dan silaturrahin di kalangan masyarakat. Di samping itu mereka juga dapat menjamu selera pada hari yang penuh bermakna itu.

  Kesimpulanya :
Mudah2an dengan mengamalkan puasa Asyura ditambah pula dengan melakukan amalan2 kebaikan dan mengambil pengajaran daripada peristiwa2 yang berlaku pada bulan Muharram akan dapat menambah keimanan dan ketaqwaan kita kepada ALLAH swt...amin...insyaALLAH.....

p/s:selamat beramal.....sama2lah kita mencari redha ALLAH....

0 ulasan: